Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MADANI SELANGOR BATAL, HORMATI MANGSA INSIDEN PUTRA HEIGHTS – AMIRUDIN 

DALAM NEGARA

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MADANI SELANGOR BATAL, HORMATI MANGSA INSIDEN PUTRA HEIGHTS – AMIRUDIN 

Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri MADANI Selangor yang dijadualkan berlangsung esok dibatalkan bagi menghormati mangsa yang terlibat dalam insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya.

Gambar FAIL

SHAH ALAM: Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri MADANI Selangor yang dijadualkan berlangsung esok dibatalkan bagi menghormati mangsa yang terlibat dalam insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya. 

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata keputusan berkenaan juga telah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. 

“Segala persiapan seperti makanan akan disalurkan kepada pusat pemindahan sementara (PPS), rumah anak-anak yatim, sekolah berasrama serta petugas keselamatan. 

“Mewakili seluruh warga kerajaan negeri, saya memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul susulan pembatalan ini demi menghormati mangsa dan keluarga yang terlibat dengan insiden di Putra Heights,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini. 

Amirudin turut meluahkan penghargaan kepada pasukan petugas dan pelaksana yang bertungkus lumus memastikan majlis itu boleh berjalan seperti yang dirancangkan. 

“Saya sangat menghargai persefahaman bersama demi maslahah yang lebih utama…semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita juga dalam bersolidariti membantu mangsa dan semua pihak,” katanya. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading