Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SARJAN POLIS DIDAKWA ROGOL REMAJA DALAM KERETA

DALAM NEGARA

SARJAN POLIS DIDAKWA ROGOL REMAJA DALAM KERETA

IPOH: Seorang anggota polis berpangkat sarjan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja, bulan lepas.

Anggota polis berpangkat sarjan Sharil Amir Shaari (dua, kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja, bulan lepas. — Bernama

IPOH: Seorang anggota polis berpangkat sarjan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja, bulan lepas.

Sharil Amir Shaari, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Dia didakwa merogol seorang remaja perempuan berumur 16 tahun dalam sebuah kereta di tempat letak kenderaan hadapan sebuah pasar raya di Seri Iskandar pada kira-kira 4 petang, 12 Jan lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Qurratu’aini Khalifah tidak menawarkan jaminan kerana bimbang tertuduh akan mengganggu mangsa manakala peguam Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid memohon anak guamnya diberi jaminan rendah atas alasan perlu menanggung isteri dan lima anak dengan pendapatan bersih sebanyak RM2,000.

Hakim Ainul Shahrin membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin serta syarat tertuduh tidak boleh mendekati mangsa.

Mahkamah menetapkan 25 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Pada 28 Jan lepas, polis menahan anggota berkenaan bagi membantu siasatan kes rogol pelajar tingkatan empat di Seri Iskandar. — AlHijrah Online

SUMBER: BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading