DALAM NEGARA
AMBIL IKTIBAR PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ, ISTIQAMAH DALAM BERIBADAH DAN PEMBEBASAN PALESTIN – PM

KUALA LUMPUR: Umat Islam diseru untuk mengambil iktibar peristiwa Israk dan Mikraj terutama terkait soal akidah dan akhlak.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan bersempena sambutan Israk dan Mikraj 1445 Hijrah mengajak umat Islam untuk sentiasa memperingati peristiwa itu agar umat waspada dan berubah.
“Perjalanan Israk dan Mikraj itu menjadi penguat keimanan terhadap kerasulan Baginda (Rasulullah SAW), peristiwa itu juga mengungkap 1001 iktibar yang dipertontonkan terkait soal akidah dan akhlak bagi seorang hamba. Maka hampir wajib ibrahnya dibugar di sepanjang zaman.
“Walhasil, umat dituntut agar istiqamah dalam mendirikan solat lima waktu, kasih dan ihsan terhadap fakir miskin serta membenam perilaku dusta dan nafsu serakah. Yang demikian itu syarat bagi melonjakkan kebangkitan dan kemajuan bangsa,” katanya,
Tambahnya perkara itu turut terpakai dalam isu terkait pemerasan ke atas rakyat Palestin.
“Iktibar Israk dan Mikraj malar segar dan harus diperingatkan agar umat waspada dan berubah, sementelahan pula Baitul Maqdis di Palestin itulah jua asas kepada mikraj Baginda dalam pendakiannya menuju puncak cakerawala.
“Maka, harus kita dukung sekalian usaha buat memastikan keadilan tertegak, bermula dari dalam diri hinggalah kepada keadilan masyarakat.
“Bebas al-Quds! Merdeka Palestin! Moga kezaliman tumpas dan umat terbela,” katanya.
Menceritakan berkenaan peristiwa Israk dan Mikraj, Perdana Menteri berkata Rasulullah SAW diberi keistimewaan luar biasa tatkala Baginda dibawa menerobos langit malam bagi menerima perintah baru dari Yang Maha Esa, apatah lagi perjalanan itu sebagai mengubat hatinya yang pilu seusai pemergian suri hatinya Khadijah dan bapa saudara Abu Talib. — AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Pihak berkuasa Thailand memberi jaminan keselamatan rakyat Malaysia yang memasuki negara itu akan terus menjadi keutamaan...
Kaedah pembiayaan kenderaan di bawah Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional, kini berstatus hak milik kekal pemandu...
Kerajaan Johor memperluas inisiatif Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) ke pendidikan agama, menerusi penubuhan Sekolah Agama...
Lelaki berusia 48 tahun maut selepas tersepit di bawah bahagian hadapan lori lapan tan yang terbabas...
JPA membuka permohonan Opsyen Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik (PBU Akademik) Fasa Kedua mulai 1...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.