Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEJADAH SEKALI GUNA PERCUMA UNTUK KEMUDAHAN MUSAFIR

DALAM NEGARA

SEJADAH SEKALI GUNA PERCUMA UNTUK KEMUDAHAN MUSAFIR

KUANTAN: Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan memperkenalkan sejadah sekali guna secara percuma untuk memberi keselesaan kepada musafir beribadah.

Diperbuat daripada material non-woven polypropylene (NWPP) yang bersifat mesra alam sekitar, pendekatan itu dilihat wajar dicontohi masjid-masjid lain.

Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan, Datuk Badli Shah Alauddin berkata, idea itu timbul setelah melihat kebanyakan jemaah adalah musafir yang tidak membawa sejadah sendiri.

“Pelbagai alternatif pernah kita perkenalkan sebelum ini. Kita pernah menjual sejadah dengan kadar yang sangat minimum iaitu RM10.

“Selain itu, kita juga pernah menyediakan sejadah terpakai di mana selepas penggunaan perlu diletakkan di petak khas kemudian kita akan cuci dan sejadah ‘single use’ ini adalah inovasi yang ketiga yang diinspirasikan oleh masjid di Istanbul, Turki kerana mereka banyak menyediakan sejadah sebegini kepada para pelancong yang datang ke sana,” katanya.

Setakat ini di Pahang, hanya Masjid Negeri sahaja yang mengguna pakai kaedah itu dan belum diperluaskan ke masjid lain atau surau.

Sementara itu, seorang jemaah Wan Azlina Wati Wan Mohammad yang ditemui menyambut baik usaha yang dibawakan masjid negeri itu dan berharap ia dapat dicontohi oleh masjid lain di negeri Pahang.

“Dengan adanya sejadah seperti ini ia memudahkan kalau kita tertinggal untuk bawa sejadah. Jadi amat baik kalau inisiatif ini turut diperluas di masjid lain,” katanya.

–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading