Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK 3 TAHUN MAUT TERJATUH RUMAH BOT

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK 3 TAHUN MAUT TERJATUH RUMAH BOT

HULU TERENGGANU: Seorang kanak-kanak tiga tahun meninggal dunia selepas terjatuh daripada sebuah rumah bot, di Tasik Kenyir pada malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu mangsa Muhammad Al Fateh Muhammad Khairul Aiman dilaporkan telah terjatuh dari rumah bot tersebut dan terus tenggelam.

Ketika kejadian, bapa mangsa Muhammad Khairul Aiman Mohd Ariffin, 30 sedang mengambil wuduk untuk menunaikan solat Isyak sebelum dimaklumkan anak bongsunya telah terjatuh.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, menyedari insiden itu kakitangan rumah bot berkenaan terus terjun ke dalam tasik untuk menyelamatkan mangsa.

Tambah Rohaimi, bagaimanapun mangsa tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal oleh pegawai kesihatan kira-kira jam 10.48 malam.

“Kakitangan rumah bot telah terjun ke dalam tasik untuk menyelamatkan mangsa dan berjaya menaikkan mangsa dalam anggaran 10 minit selepas kejadian bagaimanapun mangsa didapati tidak sedarkan diri dan telah dibawa ke jeti. Bantuan pernafasan kali kedua juga telah diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagaimanapun mangsa didapati telah meninggal dunia,” katanya.

Terdahulu, mangsa yang tinggal di Kampung Telaga Daing, Kuala Terengganu bersama ahli keluarganya berlepas dari Jeti Pengkalan Gawi untuk bermalam di Air Terjun Lasir kira-kira jam 3 petang.

Sementara itu Rohaimi turut mengingatkan orang ramai untuk memberi perhatian lebih kepada kanak-kanak ketika berada di kawasan rekreasi terutama membabitkan air. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading