SELANGOR AKAN DAPATKAN PAKAR UNTUK RANGKA POLISI BAHARU ELAK KEBAKARAN PAIP GAS
Kerajaan Negeri Selangor akan mendapatkan beberapa pakar dalam pelbagai aspek, termasuk perundangan, bagi merangka polisi baharu khusus untuk mengelak kejadian seumpama kebakaran paip gas di Putra Heights pada 1 April lepas, berulang.
HULU LANGAT: Kerajaan Negeri Selangor akan mendapatkan beberapa pakar dalam pelbagai aspek, termasuk perundangan, bagi merangka polisi baharu khusus untuk mengelak kejadian seumpama kebakaran paip gas di Putra Heights pada 1 April lepas, berulang.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia merupakan proses pembelajaran dan tindakan susulan yang perlu diambil susulan insiden berkenaan.
“Itu salah satu daripada terma rujukan ataupun satu antara tugas-tugas jawatan kuasa khas berkenaan, untuk melihat sudut ataupun bingkai perundangan yang boleh dikuatkuasakan.
“Perundangan itu dalam pelbagai peringkat. Ia boleh jadi undang-undang kecil, ia boleh juga menjadi syarat baru dalam unit pusat setempat (OSC), ia boleh juga menjadi enakmen dan juga boleh jadi akta,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Amirudin berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani dua memorandum kerjasama bersama tiga rakan strategik iaitu Universiti Selangor, Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) serta Central Spectrum (M) Sdn Bhd (CSSB) untuk memperkukuh usaha pembangunan ekosistem industri air.
Semalam beliau dilaporkan berkata Selangor akan menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi meneliti laporan berhubung kebakaran paip gas itu dan merangka langkah jangka panjang, di samping mencadangkan peraturan-peraturan baharu dan langkah pencegahan bagi memastikan kejadian seumpamanya tidak berulang.
Jawatankuasa itu akan membabitkan petugas kerajaan negeri, Persekutuan, Petronas serta agensi-agensi teknikal berkaitan, yang akan meneliti hasil siasatan lengkap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) pada 26 Jun lepas berhubung insiden kebakaran itu.
Insiden kebakaran pada 1 April lepas mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 separa musnah, 57 terkesan, tetapi tidak terbakar manakala 218 rumah tidak terjejas termasuk di Kampung Tengah, Puchong. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager