Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SELANGOR SETUJU NYAH RAHSIA LAPORAN INSIDEN TANAH RUNTUH BATANG KALI

DALAM NEGARA

SELANGOR SETUJU NYAH RAHSIA LAPORAN INSIDEN TANAH RUNTUH BATANG KALI

Kerajaan Selangor bersetuju untuk nyah rahsia laporan penuh kejadian insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, yang berlaku pada Disember tahun lalu.

Gambar ARKIB.

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bersetuju untuk nyah rahsia laporan penuh kejadian insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, yang berlaku pada Disember tahun lalu.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata persetujuan tersebut, merupakan hasil daripada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) semalam dan dokumen tersebut akan diserahkan semula kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), untuk tindakan selanjutnya.

“Kita akan kembalikan laporan itu kepada NADMA untuk mereka memaparkan di laman web atau diagihkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

“(Berhubung saranan atau tindakan lanjut) itu akan dibuat pihak berkuasa, sebab laporan itu sangat teknikal dan itu dipaparkan di laman web NADMA untuk perhatian semua pihak, dan mereka boleh mengambil tindakan selanjutnya.

“Namun, yang jelas ialah ia merupakan laporan teknikal menjelaskan bagaimana berlakunya peristiwa itu,” katanya. 

Amirudin berkata nama pemilik tapak perkemahan juga terdapat pada laporan tersebut, dengan beberapa kawasan terjejas ialah milik perhutanan dan rizab jalan.

Tragedi 16 Dis 2022, pada kira-kira 2.30 pagi itu, membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading