Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KKM NAFI JURURAWAT AKAN DISUNTIK VAKSIN VIRUS X

DALAM NEGARA

KKM NAFI JURURAWAT AKAN DISUNTIK VAKSIN VIRUS X

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan bahawa jururawat di negara ini akan disuntik dengan vaksin Virus X, yang diramal menjadi satu ancaman pandemik baharu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan bahawa jururawat di negara ini akan disuntik dengan vaksin Virus X, yang diramal menjadi satu ancaman pandemik baharu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

KKM dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Facebooknya hari ini memaklumkan, maklumat berkenaan tidak tepat dan disifatkan tidak bertanggungjawab.

“Kenyataan itu boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap barisan hadapan petugas kesihatan khususnya jururawat yang telah menyumbang bakti mereka kepada negara,” demikian menurut KKM.

Sehubungan itu orang awam dinasihatkan agar menghentikan sebarang perkongsian maklumat palsu berkaitan vaksi berkenaan kerana ia boleh mengancam dan menimbulkan keresahan awam.

Orang ramai juga boleh melayari sesawang sebenarnya.my sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading