Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SELUDUP 69 EKOR LEMBU, DUA LELAKI TIDAK SEMPAT KAUT UNTUNG

DALAM NEGARA

SELUDUP 69 EKOR LEMBU, DUA LELAKI TIDAK SEMPAT KAUT UNTUNG

Lembu-lembu tersebut dipercayai diseludup dari negara jiran untuk jualan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Kesemua lembu yang dirampas dianggarkan bernilai RM345,000

Foto: TDM

TANAH MERAH: Tindakan dua  penyeludup untuk mengaut keuntungan lumayan dengan menjual 69 ekor lembu tidak kesampaian apabila mereka dicekup ketika memunggah haiwan itu ke dalam dua buah treler di sempadan Malaysia-Thailand di sini semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri malaysia dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan kira-kira pukul 8.20 malam selepas pihaknya menerima maklumat perisikan oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut kenyataan tersebut, kedua-dua suspek yang juga warga tempatan itu menyeludup lembu di kawasan hutan berdekatan sempadan Malaysia-Thailand dengan menggunakan dua buah treler jenis Volvo dan CNHTC.

“Siasatan lanjut mendapati, lembu-lembu tersebut dipercayai diseludup dari negara jiran untuk jualan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Isnin ini. Kesemua lembu yang dirampas dianggarkan bernilai RM345,000”.

Nilai rampasan termasuk dua buah treler yang mampu membawa muatan sehingga 50 tan itu pula dianggarkan berjumlah RM1.34 juta.

Kedua-dua suspek diserahkan kepada Balai Polis Lalang Pepuyu manakala lembu-lembu yang dirampas pula dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan untuk tindakan selanjutnya – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading