Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SATU PERTIGA KANAK-KANAK GAZA MENDERITA AKIBAT KEBULURAN, KEMATIAN MENINGKAT

DUNIA

SATU PERTIGA KANAK-KANAK GAZA MENDERITA AKIBAT KEBULURAN, KEMATIAN MENINGKAT

Kanak-kanak di Gaza juga kehausan kerana air yang ada sudah tercemar. Akibatnya, 90% kanak-kanak mengalami cirit-birit, hepatitis dan penyakit lain

Kanak-kanak 10 tahun, Eyad Hegazi meninggal dunia akibat kekurangan zat makanan di Hospital Al-Aqsa –foto AFP

GAZA: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun, Mostafa menjadi mangsa terbaru yang meninggal dunia akibat kebuluran di Gaza.

Pihak berkuasa kesihatan Gaza mendakwa, masalah kebuluran di wilayah konflik itu berpunca daripada tindakan Israel yang menyekat kemasukan makanan tambahan atau suplemen yang boleh menyelamatkan nyawa kanak-kanak  yang mengalami malnutrisi.

Kematian Mostafa menjadikan angka kematian akibat kebuluran dalam kalangan kanak-kanak meningkat kepada 28 orang.

Pakar pemakanan klinikal, Rana Zuaiter memberitahu Al-Jazeera bahawa satu pertiga daripada kanak-kanak mengalami kebuluran , dan angka ini adalah besar akibat daripada perbuatan manusia yang menjadikan kebuluran sebagai senjata perang.

Kanak-kanak di Gaza juga kehausan kerana air yang ada sudah tercemar. Akibatnya, 90% kanak-kanak mengalami cirit-birit, hepatitis dan penyakit lain.

Sementara itu, Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB memberi amaran berhubung tahap kebuluran yang teruk selain akses kepada air bersih yang sangat rendah di Gaza.

Ketika ini, Aljazeera melaporkan sejuta rakyat Gaza terperangkap di Selatan Gaza dengan keperluan air dan sanitasi yang amat terhad – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading