Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JKM TELITI INDIVIDU SESUAI JAGA ADIK ZAYN RAYYAN

DALAM NEGARA

JKM TELITI INDIVIDU SESUAI JAGA ADIK ZAYN RAYYAN

Terdapat kriteria tertentu untuk seseorang individu menjadi OYLS bagi mendapatkan kuasa penjagaan mutlak.

Foto: BERNAMA

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengenal pasti orang yang layak dan sesuai (OYLS) untuk diberi kuasa penjagaan mutlak ke atas adik Zayn Rayyan.

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pihaknya telah menyenarai pendek beberapa nama yang dikatakan layak dan sesuai.

Bagaimanapun jelas Nancy, sifat dan tempoh penjagaaan OYLS ini berstatus sementara walaupun individu tersebut memiliki kuasa mutlak.

“Orang yang layak dan sesuai ini kelak akan diberikan tempoh sementara (percubaan) selama dua minggu untuk melihat chemistry antara mereka sebelum diberikan kelulusan secara mutlak, selain akan dipantau dari semasa ke semasa,” katanya selepas menghadiri majlis Autism Empowerment Weekend di Borneo Cultural Museum hari ini.

Tambah Nancy, terdapat kriteria tertentu untuk seseorang individu menjadi OYLS bagi mendapatkan kuasa penjagaan mutlak.

“Kita perlu berhati-hati sebab tidak semua sebagai ibu bapa dapat memelihara anak yang mempunyai ciri-ciri yang ada autism jadi itu perlu dipantau dengan rapi”.

“Difahamkan adiknya pun tidak dapat bercakap, jadi perlu pemerhatian serta penjagaan khusus dan ditempatkan di rumah perlindungan JKM, bukan kita hendak melabelkannya autisme namun karakternya ada,” katanya.

Adik kepada Zayn Rayyan akan ditempatkan di institusi kebajikan selama dua bulan selepas JKM mendapat perintah jagaan sementara di bawah Seksyen 25(2), Akta Kanak- Kanak 2001 daripada Mahkamah Majistret Shah Alam.

Semalam, Pengarah JKM Selangor Azmir Kassim dilaporkan berkata adik kepada Allahyarham Zayn Rayyan itu kini berada dalam keadaan baik, di bawah jagaan sementara pihak JKM selepas mendapat perintah dari Mahkamah Majistret Shah Alam.

Beliau berkata pengambilannya juga sudah dimaklumkan kepada ibu dan bapanya, Ismanira Abdul Manaf serta Zaim Ikhwan Zahari.

Zaim Ikhwan dan Ismanira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal di sekitar Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, di sini pada jam 12 tengah hari 5 Dis hingga jam 9.55 malam 6 Dis 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Zayn Rayyan dilaporkan hilang di kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai pada 5 Dis 2023  sebelum dia ditemukan mati dibunuh pada keesokan harinya. –Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading