Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

“SEMUA PERATURAN PERANG DILANGGAR DI GAZA” – UNRWA

DUNIA

“SEMUA PERATURAN PERANG DILANGGAR DI GAZA” – UNRWA

Serangan udara Tentera Israel mengenai bangunan Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) di Jabalia, utara Gaza pada Khamis, lapor Agensi Berita Emirates (WAM) memetik Ketua Pesuruhjayanya Philippe Lazzarini.

People mourn during the funeral of victims killed in overnight Israeli bombardment on Gaza City, at the Ahli Arab Hospital, also known as the Maamadani (Baptist) Hospital, in Gaza City on April 3, 2025. –AFP

GAZA: Serangan udara Tentera Israel mengenai bangunan Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) di Jabalia, utara Gaza pada Khamis, lapor Agensi Berita Emirates (WAM) memetik Ketua Pesuruhjayanya Philippe Lazzarini.

“Bangunan itu sebelum ini merupakan pusat kesihatan yang mengalami kerosakan teruk pada awal konflik. Laporan awal menunjukkan lebih 700 orang berlindung di kemudahan itu ketika ia diserang. Antara yang terbunuh dilaporkan sembilan kanak-kanak, termasuk seorang bayi berusia dua minggu,” katanya menerusi hantaran di akaun X rasminya.  

“Keluarga yang kehilangan tempat tinggal kekal di pusat perlindungan itu selepas serangan kerana mereka tiada tempat lain untuk dituju. Sejak konflik bermula, lebih 300 bangunan PBB telah rosak atau musnah sepenuhnya walaupun koordinatnya sentiasa dikongsi dengan pihak bertelagah. Lebih 700 orang terbunuh ketika mencari perlindungan di bawah PBB,” tambahnya.  

“Terlalu banyak premis UNRWA turut dilaporkan telah digunakan bagi tujuan ketenteraan dan pertempuran oleh kumpulan Palestin atau tentera Israel. Sikap tidak menghiraukan langsung terhadap kakitangan, premis dan operasi PBB adalah satu pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa.”  

Beliau sekali lagi menyeru siasatan bebas dijalankan bagi mengenal pasti keadaan di sebalik setiap serangan dan pelanggaran serius yang berlaku.  

“Di Gaza, semua peraturan perang telah dilanggar berulang kali,” katanya. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading