Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LEBIH 1,400 PETUGAS KESIHATAN TERBUNUH DALAM SERANGAN DI GAZA

DUNIA

LEBIH 1,400 PETUGAS KESIHATAN TERBUNUH DALAM SERANGAN DI GAZA

Lebih 1,400 petugas kesihatan di Semenanjung Gaza maut dalam serangan tentera Israel (IDF) sejak Oktober 2023, menurut pihak berkuasa Palestin.

Sumber Gambar: AFP

RAMALLAH: Lebih 1,400 petugas kesihatan di Semenanjung Gaza maut dalam serangan tentera Israel (IDF) sejak Oktober 2023, menurut pihak berkuasa Palestin.

Prensa Latina melaporkan bahawa Pejabat Media Kerajaan Gaza dalam satu kenyataan pada Selasa menyatakan tentera Israel telah memusnahkan atau menjadikan lebih 240 pusat dan institusi kesihatan tidak beroperasi, termasuk 34 hospital.

Pejabat itu turut memberi amaran bahawa tentera Israel secara sengaja menyebabkan kebuluran di Gaza dengan menutup semua pintu masuk sempadan sejak 2 Mac, sekali gus menghalang kemasukan makanan, ubat-ubatan, air, bahan api dan barangan keperluan lain.

Selain itu, rejim itu juga memusnahkan 60 bank makanan dan pusat pengagihan sebagai sebahagian daripada serangan perang mereka.

Sejak konflik bermula pada 2023, lebih 50,300 penduduk Palestin terbunuh akibat serangan Israel, termasuk 30,000 wanita dan kanak-kanak, menurut kenyataan itu. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading