Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEPANYOL IKUT JEJAK ITALI HANTAR KAPAL PERANG LINDUNGI MISI FLOTILLA KE GAZA

DUNIA

SEPANYOL IKUT JEJAK ITALI HANTAR KAPAL PERANG LINDUNGI MISI FLOTILLA KE GAZA

Sepanyol akan menghantar sebuah kapal perang dari Cartagena bagi melindungi flotila bantuan antarabangsa selepas laporan serangan dron ke atas konvoi tersebut di perairan antarabangsa berhampiran Greece.

Sumber: AFP

NEW YORK: Sepanyol akan menghantar sebuah kapal perang dari Cartagena bagi melindungi flotila bantuan antarabangsa selepas laporan serangan dron ke atas konvoi tersebut di perairan antarabangsa berhampiran Greece.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sánchez berkata, langkah itu diambil sebagai tindak balas terhadap serangan yang menyasarkan Global Sumud Flotilla, yang membawa aktivis dari 45 negara menaiki 50 kapal awam.

“Kami akan menghantar kapal tentera laut bersama sumber yang diperlukan untuk membantu flotila, termasuk melaksanakan operasi menyelamat,” katanya dalam sidang media di New York ketika menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau turut menegaskan kepentingan mematuhi undang-undang antarabangsa serta menjamin keselamatan rakyat Sepanyol semasa belayar di Laut Mediterranean.

Israel sebelum ini menafikan penglibatan mereka dalam serangan tersebut, sambil mengkritik misi flotila yang didakwa menyokong Hamas.

Sánchez turut menyatakan sokongan terhadap misi kemanusiaan itu dan menegaskan bahawa Sepanyol akan terus berdiri teguh bersama negara-negara lain dalam mempertahankan hak asasi dan keselamatan peserta flotila.

Tindakan Sepanyol itu mengikuti langkah Itali, yang lebih awal menghantar kapal perang mereka bagi tujuan sama.
-AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading