UNGA KE-80: MALAYSIA BAWA MESEJ REFORMASI PBB, ULANGI KOMITMEN TERHADAP PALESTIN
Malaysia akan membangkitkan mengenai keberkesanan sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menggesa pembaharuan dan mengulangi sokongan terhadap Palestin dalam Kenyataan Negara pada Sesi ke-80 Perhimpunan Agung PBB (UNGA 2025) di New York.
NEW YORK: Malaysia akan membangkitkan mengenai keberkesanan sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menggesa pembaharuan dan mengulangi sokongan terhadap Palestin dalam Kenyataan Negara pada Sesi ke-80 Perhimpunan Agung PBB (UNGA 2025) di New York.
Wakil Tetap Malaysia ke PBB Datuk Dr Ahmad Faisal Muhamad berkata Kenyataan Negara itu akan disampaikan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan pada sesi Debat Umum pada 5 petang, Sabtu waktu tempatan (5 pagi waktu Malaysia).
“Kenyataan Negara dijangka menegaskan beberapa perkara penting termasuk penilaian terhadap penubuhan PBB, tujuan, kejayaan dan kelemahannya, keperluan pembaharuan, masa depan PBB serta peranan pelbagai hala.
“Ia juga akan menegaskan sokongan Malaysia berhubung isu Palestin, khususnya konflik yang berlaku di Gaza, mengetengahkan kebimbangan negara Selatan Global dan isu pembangunan yang menjadi fokus utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN,” katanya kepada pemberita di pejabat Misi Tetap Malaysia ke PBB pada Rabu.
Beliau berkata Perhimpunan Agung tahun ini amat signifikan kerana PBB menyambut ulang tahun ke-80 dalam suasana perpecahan global yang semakin mendalam, ketegangan memuncak serta ancaman wujud terhadap planet seperti perubahan iklim.
“Kita difahamkan pemimpin yang berucap semalam dan hari ini, kebanyakannya menyentuh berkaitan ulang tahun ke-80 PBB, menilai sejauh mana ia telah memenuhi jangkaan pemimpin yang telah menubuhkan organisasi itu 80 tahun lalu serta hala tuju organisasi itu.
“Saya percaya ini juga merupakan mesej utama yang akan disampaikan oleh Menteri Luar kita dalam ucapan beliau (Kenyataan Negara),” katanya.
Ahmad Faisal berkata Mohamad turut dijadual mengadakan beberapa pertemuan dua hala bagi mengukuhkan hubungan serta membincangkan isu kepentingan bersama.
“Ia termasuk mesyuarat ke-15 Group of Friends on Mediation serta Mesyuarat Peringkat Menteri bagi menyokong Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), mesyuarat penyelarasan tahunan Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Beliau juga dijadual bertemu Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.
“Kita juga telah mengesahkan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Slovenia, Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Uganda, Thailand dan Jordan,” katanya.
UNGA 2025 bertemakan Better Together: 80 Years and More for Peace, Development and Human Rights.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked