Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Dr Ahmad Sani Araby Abdul Alim Araby bercakap pada sidang media mengenai pengumuman acara Himpunan Artis dan Seniman Malaysia ketika di Wisma MAPIM semalam. –fotoBERNAMA
KAJANG: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby menyifatkan serangan rejim zionis di Gaza kali ini sebagai yang paling ganas pernah disaksikannya.
Ahmad Sani berkata ini kerana terlalu banyak kematian dan kerosakan berlaku sehingga keadaan di Gaza boleh diibaratkan sebagai ‘kiamat kecil’ akibat serangan rejim Israel yang langsung tidak menghiraukan resolusi oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
“Mereka tidak hiraukan resolusi dibuat dan paling kita geram apabila sekolah mempunyai lambang PBB juga dibom. Hospital dibina oleh beberapa negara seperti Qatar dan Indonesia turut dibom, dan kita lihat seolah-olah sudah terputus kaedah untuk berbuat sesuatu,” katanya kepada Bernama di Wisma MAPIM, semalam.
Menurutnya, sepanjang 35 hari serangan Israel itu, hampir 11,000 nyawa sudah terkorban dengan kira-kira 4,000 daripadanya adalah kanak-kanak.
Ahmad Sani bagaimanapun berkata situasi itu tidak mematahkan semangat beliau untuk meneruskan misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat di Palestin melalui MAPIM.
Katanya, selama ini, MAPIM telah membina sebanyak sembilan buah masjid selain membekalkan 10 buah ambulans di Gaza namun daripada sembilan masjid itu dua daripadanya sudah musnah manakala tiga buah ambulans tidak dapat dikesan akibat serangan Israel itu.
Justeru, katanya, MAPIM akan menganjurkan program Himpunan Artis dan Seniman Malaysia Membela Palestin (HASPA), pada 2 Dis ini yang dijangka berlangsung di Shah Alam, Selangor.
“Himpunan ini bagi mendesak hentikan perang serta merta terhadap Palestin dan kami ajak artis dan seniman yang mempunyai banyak pengikut.
“Hal ini kerana kita perlukan rangkaian ini (artis) dengan keikhlasan hati menjadi ‘magnet menyampaikan mesej yang boleh disampaikan kepada pengikut masing-masing,” katanya.
Menurut Ahmad Sani, MAPIM juga sedang memohon kerjasama dengan pihak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari untuk menjadi penganjur bersama program itu agar HASPA mendapat sambutan yang lebih meriah lagi.
Sempena program himpunan bersama artis dan seniman itu juga, MAPIM akan melancarkan Tabung Kecemasan Palestin bagi membantu rakyat Palestin di Gaza.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Jemaah Menteri baru-baru ini mempersetujui syor menempatkan anggota polis di stesen minyak untuk memperkasakan pemantauan dan penguatkuasaan berikutan peningkatan...
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.