Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

“ANDAI NERAKA ITU DI BUMI, GAZALAH TEMPATNYA” – JURUCAKAP PBB

DUNIA

“ANDAI NERAKA ITU DI BUMI, GAZALAH TEMPATNYA” – JURUCAKAP PBB

Laerke berkata trak yang membawa bantuan kemanusiaan PBB hanya sampai ke selatan Semenanjung Gaza dan tidak dapat memasuki ke kawasan utara Gaza yang didiami ratusan ribu penduduk

Sumber gambar: AFP

GENEVA: Pejabat kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat berkata badan antarabangsa itu tidak boleh menghantar trak bantuan ke utara Gaza berikutan konflik yang tercetus di wilayah yang dikepung itu.

“Jika neraka itu di bumi, utara Gazalah tempatnya,” kata jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Jens Laerke pada taklimat akhbar mingguan di Geneva.

Laerke berkata trak yang membawa bantuan kemanusiaan PBB hanya sampai ke selatan Semenanjung Gaza dan tidak dapat memasuki ke kawasan utara Gaza yang didiami ratusan ribu penduduk, lapor Agensi Anadolu.

Sekumpulan pakar PBB baru-baru ini memberi amaran bahawa rakyat Palestin berisiko menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai memandangkan rejim Israel terus mengepung Semenanjung Gaza.

Sekurang-kurangnya 10,812 rakyat Palestin, termasuk 4,412 kanak-kanak dan 2,918 wanita terbunuh di Gaza sejak 7 Okt, menurut pihak berkuasa Palestin. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading