PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama di sebuah pusat tahfiz dan rumah anak yatim kerana melakukan serangan seksual terhadap seorang pelajar lelaki, lima tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim turut mengekalkan hukuman tiga sebatan yang dikenakan ke atas Mohd Faiza Rizza Mohd Ropi oleh Mahkamah Sesyen.
Lelaki berumur 38 tahun itu, yang kini bekerja sebagai pembantu pam di sebuah stesen minyak, sebelum ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi selepas membenarkan rayuannya terhadap sabitan dalam kes tersebut.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan perintah pembebasan Mohd Faiza.
Panel itu turut memerintahkan agar tempoh Mohd Faiza berada di penjara selepas gagal memperoleh penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dimasukkan dalam jumlah hukumannya.
Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin, yang turut bersidang, juga mengekalkan perintah Mahkamah Sesyen agar Mohd Faiza menjalani kaunseling semasa dipenjarakan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas hukuman penjaranya berakhir.
Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara itu, Azmi berkata pendakwaan berjaya membuktikan semua unsur pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Beliau berkata panel itu tidak bersetuju dengan penemuan Pesuruhjaya Kehakiman sebelum ini bahawa pertuduhan terhadap Mohd Faiza sepatutnya dibuat di bawah Seksyen 14(d) akta sama.
Hakim itu berkata mahkamah mendapati tiada percanggahan dalam keterangan mangsa dan laporan polisnya.
Azmi berkata satu laporan polis yang dibuat oleh Mohd Faiza dua tahun selepas didakwa yang menyatakan bahawa dia dituduh secara palsu oleh mangsa adalah sesuatu yang difikirkan kemudian dan rekaan semata-mata.
Mohd Faiza telah disabitkan oleh Mahkamah Sesyen bagi kesalahan melakukan serangan seksual terhadap mangsa yang ketika itu berumur 17 tahun di bilik warden sebuah asrama tahfiz dan sebuah asrama anak yatim di Temerloh, Pahang pada 2 pagi dalam bulan Jun 2019.
Dia kemudian dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan tiga sebatan pada 26 Nov 2021 oleh mahkamah sama.
Pada 11 Mei 2023, Mahkamah Tinggi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen dan membebaskan Mohd Faiza daripada pertuduhan itu.
Pendakwaan kemudian membuat rayuan terhadap keputusan itu.
Timbalan Pendakwa Raya P. Sarulatha hadir bagi pihak pendakwaan manakala peguam Shashi Devan dan Muhammad Nazreen Jaafar Abdullah mewakili Mohd Faiza. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests