Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SARANAN SOLAT HAJAT DOA MISI PM KE SIDANG TERGEMPAR RIYADH

DALAM NEGARA

SARANAN SOLAT HAJAT DOA MISI PM KE SIDANG TERGEMPAR RIYADH

KUALA LUMPUR: Semua masjid dan surau di seluruh negara disaran untuk melaksanakan solat sunat hajat khusus untuk mendoakan kejayaan misi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan ke Sidang Kemuncak Tergempar Bersama Negara-Negara Arab dan Islam di Riyadh pada 11 November 2024.

Gambar hiasan. — Bernama

KUALA LUMPUR: Semua masjid dan surau di seluruh negara disaran untuk melaksanakan solat sunat hajat khusus untuk mendoakan kejayaan misi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan ke Sidang Kemuncak Tergempar Bersama Negara-Negara Arab dan Islam di Riyadh pada 11 November 2024.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pelaksanaan solat hajat itu bagi memohon doa dan perlindungan daripada Allah SWT agar perjalanan dan misi perdana menteri mendapat keberkatan serta mencapai kejayaan demi manfaat negara dan ummah.

“Masjid-Masjid Utama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah diminta untuk melaksanakan Solat Hajat iaitu selepas Solat Isyak bermula hari ini sehingga 11 November 2024. 

“Manakala, semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan turut dimohon melaksanakan solat hajat untuk tempoh waktu yang sama,” katanya.

Pelaksanaan solat hajat itu diharapkan dapat meningkatkan solidariti umat Islam di seluruh negara serta menyatukan hati rakyat Malaysia dalam mendoakan misi penting tersebut.

Dalam sidang tergempar di Riyadh, Anwar dijangka akan menyampaikan suara dan harapan negara di pentas antarabangsa selain turut membincangkan isu-isu kritikal melibatkan negara-negara Islam.

Oleh itu Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengajak seluruh umat Islam untuk bersama-sama menyertai solat hajat ini sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada pemimpin kita serta turut mendoakan kesejahteraan para anggota Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) yang sedang bertugas di Lubnan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading