SERBUAN KE ATAS RUMAH AMAL HASIL SIASATAN, RISIKAN SELAMA ENAM BULAN – KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya telah menyiasat syarikat itu sejak 2011 iaitu sebelum dakwaan terhadap GISBH tular di media sosial baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Serbuan ke atas 20 rumah kebajikan yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) berhubung dakwaan eksploitasi serta penderaan kanak-kanak adalah hasil risikan dan siasatan oleh pihak polis selama enam bulan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya telah menyiasat syarikat itu sejak 2011 iaitu sebelum dakwaan terhadap GISBH tular di media sosial baru-baru ini.
Beliau berkata pihaknya juga telah bertemu dengan wakil Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) enam bulan lepas.
“Mereka juga yang menyalurkan maklumat awal dan memudahkan siasatan semula pelbagai laporan polis yang dibuat terhadap GISBH,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Razarudin berkata polis turut menerima satu laporan yang dibuat oleh bekas ahli GISBH dari Negeri Sembilan namun ia telah ditarik balik.
“Wanita itu kemudian membuat laporan baharu dan polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Beliau berkata wanita itu telah memberi polis satu petunjuk yang boleh dipercayai dan diambil tindakan.
Razarudin berkata walaupun siasatan sudah bermula enam bulan lepas, polis tidak terlambat untuk bertindak dan mereka hanya boleh membuat tangkapan selepas menerima petunjuk yang boleh dipercayai.
“Saya juga menyeru bekas ahli GISBH yang pernah membuat laporan polis sebelum ini dan menariknya balik selepas itu supaya tampil membantu siasatan,” katanya.
Pada Rabu lepas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyerbu rumah amal terbabit yang terletak di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan serta menyelamatkan 402 individu masing-masing 201 lelaki dan 201 perempuan berumur lingkungan setahun hingga 17 tahun dipercayai milik sebuah syarikat didakwa mengeksploitasi kanak-kanak dan agama. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Jemaah Menteri baru-baru ini mempersetujui syor menempatkan anggota polis di stesen minyak untuk memperkasakan pemantauan dan penguatkuasaan berikutan peningkatan...
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.