KPM SEDIA BERI PELUANG KEPADA 402 KANAK-KANAK MANGSA EKSPLOITASI PEROLEH PENDIDIKAN
Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata KPM akan membuka peluang berkenaan seluas-luasnya kepada mangsa untuk mendapat pendidikan, seperti termaktub dalam akta pendidikan yang mewajibkan pendidikan sekolah rendah bagi kanak-kanak di Malaysia.
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Azman Adnan (kanan) bercakap kepada pemberita semasa sidang media sempena Majlis Komensmen Ke-23 Institut Aminuddin Baki di Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia hari ini. –fotoBERNAMA
SEREMBAN: Kementerian Pendidikan (KPM) sedia memberi peluang pendidikan kepada 402 kanak-kanak yang didakwa menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan rumah amal milik rangkaian sebuah syarikat yang berjaya diselamatkan dalam beberapa serbuan di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata KPM akan membuka peluang berkenaan seluas-luasnya kepada mangsa untuk mendapat pendidikan, seperti termaktub dalam akta pendidikan yang mewajibkan pendidikan sekolah rendah bagi kanak-kanak di Malaysia.
“Dalam konteks kes berkenaan, sebenarnya kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan untuk itu KPM akan memberi seluas-luasnya peluang untuk kanak-kanak ini menerima pendidikan dalam sistem pendidikan.
“Jadi kita tengok dulu, tunggu dulu apakah hasil siasatan polis dan di mana ruang dan peluang yang boleh kita bantu bagi memastikan anak-anak kita ini mendapat pendidikan sebagaimana kanak-kanak yang lain, mungkin nasihat kepada ibu bapa dalam memastikan anak-anak ini ikut arus pendidikan,” katanya kepada media selepas Majlis Komensmen Institut Aminuddin Baki (IAB) Ke-23, di sini, hari ini.
Azman berkata semua kanak-kanak warganegara yang berumur tujuh tahun ke atas wajib diberi pendidikan dan golongan ibu bapa yang gagal berbuat sedemikian, boleh diambil tindakan sewajarnya.
Pada Rabu, Polis Diraja Malaysia dilaporkan telah menyelamatkan seramai 402 kanak-kanak berumur setahun hingga 17 tahun, terdiri daripada 201 kanak-kanak lelaki dan 201 kanak-kanak perempuan yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi menerusi Op Global.
Polis turut menahan 171 individu terdiri daripada tenaga pengajar, penjaga asrama dan pengerusi pusat pengajian berumur 17 hingga 64 tahun bagi membantu siasatan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.