Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SAMUN DAN ROGOL WARGA EMAS, LELAKI WARGA ASING DIREMAN SEMINGGU

DALAM NEGARA

SAMUN DAN ROGOL WARGA EMAS, LELAKI WARGA ASING DIREMAN SEMINGGU

Dalam kejadian 7 malam Khamis lepas, mangsa berusia 71 tahun sedang menunggu lif di kondominium yang didudukinya sebelum suspek datang dari belakang dan menariknya ke tangga lalu merogolnya di situ.

KUALA LUMPUR: Lelaki warga asing direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes samun dan rogol seorang warga emas di sebuah kondominium di Cyberjaya.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata perintah reman itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Sepang bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 392 kanun sama.

“Mangsa kini berada di rumah selepas selesai melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital. Polis masih meneruskan siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian 7 malam Khamis lepas, mangsa berusia 71 tahun sedang menunggu lif di kondominium yang didudukinya sebelum suspek datang dari belakang dan menariknya ke tangga lalu merogolnya di situ.

Semalam, Bernama melaporkan seorang lelaki warga asing ditahan bersama dompet dan telefon bimbit milik mangsa, selepas mangsa membuat laporan mendakwa disamun dan dirogol oleh suspek yang berusia lingkungan 25 tahun dan bekerja di sebuah restoran. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading