SESI SEKOLAH DI KEDAH, TERENGGANU, KELANTAN LANCAR, BEBERAPA SEKOLAH DI JOHOR TERGENDALA
KUALA LUMPUR: Sesi persekolahan 2023/2024 di semua sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula seperti dijadualkan hari ini namun beberapa sekolah di Johor tidak dapat berbuat demikian kerana masih terjejas banjir.
Gelagat seorang bapa Mohd Saqufi Mohd Nor, 39, (dua, kanan) mendukung anaknya Mohd Harraz Mohd Saqufi, 7, yang juga murid Tahun Satu pada hari pertama pembukaan sekolah ketika tinjauan di Sekolah Kebangsaan Padang Mengkuang hari ini. Bernama
KUALA LUMPUR: Sesi persekolahan 2023/2024 di semua sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula seperti dijadualkan hari ini namun beberapa sekolah di Johor tidak dapat berbuat demikian kerana masih terjejas banjir.
Di KEDAH, seramai 334,426 pelajar dari 752 sekolah merangkumi 188,362 pelajar dari 548 sekolah rendah dan 146,064 pelajar dari 204 sekolah menengah memulakan sesi persekolahan.
Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Rozaini Ahmad berkata daripada jumlah itu, 30,613 merupakan pelajar Tahun 1 manakala 29,240 pelajar Tingkatan 1.
Bercakap kepada pemberita sempena pembukaan hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Uda, Rozaini berkata daripada jumlah 30,468 guru yang bertugas di negeri itu, 176 merupakan guru baharu.
Ragam murid-murid yang dirakamkan pada hari pertama persekolahan sesi 2023/2024 di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Uda, Alor Setar. – Bernama
Di TERENGGANU pula, seramai 235,665 pelajar memulakan sesi persekolahan mereka di 505 buah sekolah iaitu 352 buah sekolah menengah dan 153 sekolah rendah melibatkan seramai 22,144 guru di seluruh Terengganu.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Abdul Muie Ngah berkata daripada jumlah itu, 43,348 ialah pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1.
“Selain pelajar di sekolah kerajaan, kita juga ada 3,191 pelajar di sekolah swasta, murid dalam hospital (39 orang) dan Sekolah Integriti Marang (53 orang), yang turut memulakan sesi persekolahan hari ini dengan bimbingan 388 guru,” katanya selepas melakukan tinjauan hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Lintang, Hulu Dungun.
Murid-murid Sekolah Kebangsaan Lintang, Jerangau, Dungun hadir ke sekolah bagi memulakan sesi persekolahan 2023/2024 hari ini. — Bernama
Manakala di KELANTAN, seramai 280,942 pelajar membabitkan 595 buah sekolah di negeri itu, memulakan Sesi Akademik 2023/2024 hari ini.
Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali berkata program dan aktiviti di sekolah pada minggu pertama sesi persekolahan tertumpu kepada pembentukan adab,akhlak dan motivasi dalam kalangan murid.
“Pihak sekolah mempunyai ruang memupuk pelbagai nilai baik yang menjadi teras kemenjadian murid dalam tempoh ini.
“Aktiviti dan amalan baik yang menyeronokkan pada awal pembukaan sekolah akan mempengaruhi pembentukan karamah insaniah dalam jangka masa panjang,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan minggu pertama pembukaan sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa.
Di JOHOR, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Md Said Md Daimon berkata lima sekolah melibatkan kira-kira 2,000 pelajar di negeri itu, tidak memulakan sesi persekolahan mereka hari ini kerajaan sekolah berkenaan masih terjejas banjir.
Beliau berkata Sekolah Kebangsaan (SK) Mendapat, SK Tanjung Sembrong dan SK Seri Nasib Baik di Batu Pahat, tidak dapat dibuka susulan banjir yang masih belum surut manakala SK Pogoh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap di Segamat yang mengalami masalah bekalan elektrik, dijangka dapat beroperasi esok.
“Sebanyak 44 buah sekolah di daerah ini (Batu Pahat) masih dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), yang menempatkan mangsa-mangsa banjir termasuk pelajar sekolah.
“Bagaimanapun, murid yang ditempatkan di PPS ini, akan masuk ke kelas menumpang walaupun PPS itu bukan sekolah dia, bergantung kepada kekosongan bilik darjah memandangkan minggu pertama lebih kepada sesi suai kenal transisi,” katanya kepada pemberita selepas melawat SK Seri Gading, Batu Pahat.
Sejumlah 595,454 orang pelajar di Johor dijadual memulakan sesi persekolahan di 1,192 sekolah bagi sesi 2023/2024 melibatkan 354,312 murid di 908 sekolah rendah serta 241,142 pelajar di 284 sekolah menengah. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager