PENGUNJUNG BAZAR RAMADAN RAHMAH TERIMA INSENTIF MENERUSI E-DOMPET
Insentif tersebut akan diberikan kepada 1,000 pengunjung terawal di bazar terpilih melalui operator atau penyedia platform e-dompet, yang berkerjasama dengan kementeriannya.
KUANTAN: Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah bakal menerima insentif RM20 seorang, menerusi plaform e-dompet yang melibatkan peruntukan keseluruhan kira-kira RM2 juta, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Senator Fuziah Salleh.
Beliau berkata insentif tersebut, akan diberikan kepada 1,000 pengunjung terawal di bazar terpilih melalui operator atau penyedia platform e-dompet, yang berkerjasama dengan kementeriannya.
“Setiap negeri kita akan laksanakan sebanyak enam kali, ini bermakna sebanyak 6,000 pengunjung akan menerima manfaat daripada inisiatif itu di setiap negeri, dengan pengguna hanya akan dapat sekali sahaja insentif berkenaan.
“Di samping membantu mengurangkan kos sara hidup, usaha ini juga ke arah mendidik masyarakat berbelanja menggunakan e-dompet, sekali gus menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai…mereka boleh dapat insentif itu ketika berkunjung ke bazar Ramadan nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Agihan Bubur Lambuk Sempena Ramadan di Pasar Tani di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang Saiful Sadri.
Mengulas lanjut, Fuziah memaklumkan sehingga kini sebanyak 29 bazar telah berdaftar untuk menganjurkan Bazar Ramadan Rahmah, dan pihaknya menyasarkan 50 lokasi di seluruh negara untuk mengambil bahagian.
Dalam pada itu, Fuziah mengingatkan peniaga bazar Ramadan supaya mempamerkan harga makanan sepanjang beroperasi kelak, bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Sementara itu, Saiful berkata pihaknya menyasarkan nilai jualan lebih RM3 juta menerusi Program Jualan Ramadan MADANI, yang akan dianjurkan sepanjang bulan puasa di 18 lokasi di seluruh Pahang.
Menyentuh mengenai program agihan bubur lambuk, beliau berkata sebanyak 17 kawah bubur telah dimasak secara bergotong-royong bersama jawatankuasa dan peniaga pasar tani berkenaan, untuk diedarkan kepada orang ramai. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests