SIASATAN KES BULI KADET UPNM DIJALANKAN KEMENTERIAN PERTAHANAN – KPT
Siasatan berhubung kes seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipercayai menjadi mangsa buli dan dera oleh seorang penuntut senior akan dilaksanakan Kementerian Pertahanan.
KUALA LUMPUR: Siasatan berhubung kes seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipercayai menjadi mangsa buli dan dera oleh seorang penuntut senior akan dilaksanakan Kementerian Pertahanan.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata ini termasuk mengenal pasti pelaku, dan pelaksanaan cadangan bagi menempatkan warden dalam setiap dorm kadet-kadet berkenaan.
Beliau berkata bagaimanapun kementeriannya akan turut membantu siasatan berikutan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu gejala buli dihapuskan daripada semua institusi pendidikan di negara ini.
“Kita kena faham dalam konteks ini ada dua institusi yang bertanggungjawab iaitu UPNM dan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).
“Kes ini berlaku di ALK namun kita tidak boleh melepaskan begitu saja seperti yang disebut Perdana Menteri. Apa saja, institusi mana sekalipun perlu diberikan perhatian serius kerana buli melampau tidak boleh kita benarkan,” katanya kepada pemberita di Masjid UPNM di sini hari ini.
Zambry berkata UPNM dan ALK mengamalkan sistem unik dalam pendidikan seseorang kadet iaitu mereka akan berada di bawah UPNM ketika kuliah akademik dari 8 pagi hingga 5 petang dan selain itu mereka di bawah bidang kuasa ALK.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan sedang menyiasat kes seorang pegawai kadet ALK UPNM yang dibuli senior menggunakan seterika yang ditekap di bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur seperti yang tular menerusi media sosial.
Dalam perkembangan lain, Zambry berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) masih mengumpulkan maklumat mengenai dakwaan seorang lelaki yang MyKad dan lesen memandunya ditemukan di medan perang di Ukraine sedang melanjutkan pengajian di negara terbabit.
“Kita komen nanti sebab buat masa ini masih dapatkan maklumat lengkap berkaitan isu ini,” katanya.
Bernama sebelum ini melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghubungi Kedutaan Rusia di sini berkenaan dakwaan seorang warga tempatan terlibat sebagai askar upahan dalam konflik antara negara itu dan Ukraine. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked