Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SIASATAN TERHADAP GISBH DIJALANKAN MENGIKUT PERUNTUKAN SEDIA ADA – KPN

DALAM NEGARA

SIASATAN TERHADAP GISBH DIJALANKAN MENGIKUT PERUNTUKAN SEDIA ADA – KPN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematuhi semua peruntukan yang sedia ada dalam siasatannya terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematuhi semua peruntukan yang sedia ada dalam siasatannya terhadap GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata siasatan yang dijalankan adalah berdasarkan laporan dan maklumat yang diterima serta hasil risikan dijalankan pihak polis, dan siasatan itu dijalankan dengan berhati-hati dalam memastikan ia telus dan menyeluruh.

“Seperti dijelaskan sebelum ini, PDRM menjalankan siasatan di bawah undang-undang yang ada di Malaysia untuk kesalahan seperti Akta Kanak-kanak, Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan akta-akta lain,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Razarudin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan tiada keperluan kanak-kanak yang diselamatkan daripada rumah amal milik GISBH dalam Op Global berkenaan, diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti yang dimainkan sesetengah pihak.

Ketua Polis Negara berkata siasatan terhadap GISBH turut dijalankan di bawah kes jenayah iaitu Kanun Keseksaan (KK) seperti Seksyen 506 KK serta Seksyen 354 KK dan terdapat kertas siasatan telah didakwa di mahkamah, selain Op Global dilaksanakan dengan kerjasama agensi lain.

Razarudin berkata berdasarkan siasatan, wujud unsur pengabaian dan penderaan terhadap kanak-kanak malah terdapat beberapa video yang tular menunjukkan elemen itu berlaku di rumah amal tersebut.

“Tindakan pihak polis adalah untuk menyelamat mangsa-mangsa dipercayai diabaikan, dianiayai, didera atau dieksploitasi, selain menangkap dan seterusnya mendakwa individu bertanggungjawab dalam kesalahan tersebut,” tegasnya.

Terdahulu media melaporkan seramai 96 ibu bapa kepada 174 kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISBH, memohon agar anak mereka dipulangkan semula ke pangkuan keluarga masing-masing berikutan sudah hampir lebih sebulan tidak berjumpa. – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading