Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BANJIR: JALAN KE KAMPUNG TELUK RAMBONG DI BALING DITUTUP

DALAM NEGARA

BANJIR: JALAN KE KAMPUNG TELUK RAMBONG DI BALING DITUTUP

Jalan utama ke Kampung Teluk Rambong dekat sini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula semalam susulan banjir.

Gambar fail (BERNAMA)

BALING: Jalan utama ke Kampung Teluk Rambong dekat sini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula semalam susulan banjir.

Penduduk kampung, Che Puteh Awang, 72, berkata hujan lebat sejak Sabtu lepas menyebabkan tebing jambatan besi yang menghubungkan jalan itu terhakis teruk dan jalan tar turut rosak.

“Ada penduduk yang cuba menurap kembali jalan yang rosak namun banjir yang berlaku malam kelmarin menyebabkan hakisan tanah pada tebing jambatan lebih teruk dan tar yang baru diturap rosak,” katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Menurutnya, banjir yang beberapa kali melanda kawasan itu sejak 30 Sept lepas merupakan yang terburuk berlaku sehingga menyebabkan beberapa jambatan di kampung berkenaan rosak selain aliran sungai juga berubah.

“Ada jambatan rosak dan bahaya, jadi penduduk perlu menggunakan laluan lain yang lebih jauh untuk masuk ke Kampung Teluk Rambong iaitu melalui Desa Keda Batu 8,” katanya.

Beberapa gelombang banjir di kampung itu sejak 30 Sept lepas turut menyebabkan beberapa rumah penduduk mengalami kerosakan. – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading