SPM 2022: CALON TAK LAYAK DAPAT SIJIL BOLEH AMBIL SEMULA PEPERIKSAAN SUBJEK YANG GAGAL
TUMPAT: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek meminta calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang tidak layak mendapat sijil supaya mengambil semula peperiksaan bagi subjek yang gagal untuk memperbaiki keputusan mereka.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek ketika sidang media selepas merasmikan Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru sebagai Sekolah Komprehensif 9 (K9) di Kampung Pulau Beluru, Palekbang di sini. — Bernama
TUMPAT: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek meminta calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang tidak layak mendapat sijil supaya mengambil semula peperiksaan bagi subjek yang gagal untuk memperbaiki keputusan mereka.
Beliau berkata calon yang gagal mendapat sijil tidak perlu bimbang kerana boleh mengambil semula peperiksaan pada bila-bila masa.
“Jangan bimbang kalau tak layak, boleh ambil SPM ulangan pada bila-bila masa. Jadi jangan nak noktahkan kegagalan di situ dan yang tidak layak dibesar-besarkan.
“SPM ini ada ulangan dan mereka boleh ambil untuk baiki sijil mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai masa depan calon yang tidak layak mendapat sijil SPM 2022 yang diumumkan baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata secara keseluruhan keputusan SPM 2022 merekodkan peningkatan apabila jumlah layak dapat sijil meningkat kepada 91.6 peratus.
“Peratus layak dapat sijil itu adalah yang terbaik dan buat julung kalinya melebihi 90 peratus. Cuma 8.4 peratus yang tak layak dapat sijil,” katanya.
Dalam pada itu, Fadhlina berkata Kementerian Pendidikan (KPM) sedang meneliti laporan penuh dan akan berkongsi angka sebenar ketidakhadiran pelajar ketika peperiksaan SPM 2022.
“Sedang diperincikan sebab ramai nak tahu kenapa mereka tak hadir.
“Sebab setiap negeri tak sama alasan. Kita nak pergi lebih terperinci lagi tentang ini mengikut isu-isu di setiap negeri,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests