WUJUD NAUNGAN POLITIK JUDI DALAM TALIAN – SAIFUDDIN NASUTION
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan kepada Dewan Rakyat bahawa wujud elemen naungan politik kegiatan perjudian dalam talian di negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar jawapan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. — Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan kepada Dewan Rakyat bahawa wujud elemen naungan politik kegiatan perjudian dalam talian di negara ini.
Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata elemen berkenaan menjadi kekangan terbesar kepada KDN dan Polis Diraja Malaysia (PRDM) serta kerajaan secara keseluruhannya dalam usaha membanteras kegiatan itu.
“Untuk mengatakan Malaysia ini bebas naungan politik judi dalam talian, orang akan ketawakannya…jadi ya, memang wujud elemen naungan politik kepada pemain ini (judi dalam talian).
“Dari situ wujudnya pengaruh dan perlindungan, dari situ juga datangnya rasuah dan sogokan, …tipis kehendak politik untuk mengadakan dan memperbaharui tekad untuk memerangi perkara ini habis-habisan, jadi pusingannya adalah pemaindinaungi dan dia membalas tuan politik yang melindunginya agar tindakan tidak diambil.
“… polis faham sungguh-sungguh dengan pola ini,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan tambahan Datuk Ramanan Ramakrishnan (PH-Sungai Buloh) sama ada wujud naungan politik dalam kegiatan perjudian dalam talian menyebabkan pihak berkuasa sukar untuk membanteras jenayah itu.
Saifuddin Nasution berkata hal itu memerlukan perhatian berat dan KDN akan menyemak sama ada terdapat kelulusan lesen-lesen (perjudian) baharu dan wujud atau tidak naungan ini membabitkan orang politik tertentu.
Pada masa yang sama, beliau berkata KDN juga sedang meneliti dan akan mempercepatkan proses untuk meminda Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Pertaruhan 1953.
Beliau berkata terdapat usaha meminda akta itu pada 2019 namun prosesnya agak perlahan, justeru KDN akan berbincang dengan Perdana Menteri agar pindaan dapat dibuat segera.
“Tahun 1953 ketika itu judi hanya laga ayam, kini dah 2023, judi secara dalam talian. Akta yang kita guna masih sama…kalau polis ambil tindakan dan mereka (penjudi) cabar di mahkamah…judi dalam talian tak termasuk dalam kedua-dua akta ini, mereka akan menang,” katanya.
Menurutnya, antara usaha lain membanteras kegiatan itu termasuk menyekat laman web judi yang menyaksikan sebanyak 2,119 laman web judi telah disekat bagi tempoh 2021 hingga Mei lepas.
“Dalam aplikasi Telegram juga banyak judi dalam talian, kalau kerajaan sekat aplikasi ini kita dikatakan tidak mesra perniagaan dan ini menjadi ancaman baharu.
“Saya beri jaminan tekad politik baharu kerajaan ini ialah pindaan kepada akta lama ini dibuat segera dan memperkasakan keupayaan PDRM dalam membanteras masalah ini,” katanya menjawab soalan asal Ramanan mengenai langkah KDN menangani kegiatan judi dalam talian. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.