Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUNTIKAN JARUM BERBEZA CEGAH PENCEMARAN SILANG – KKM

DALAM NEGARA

SUNTIKAN JARUM BERBEZA CEGAH PENCEMARAN SILANG – KKM

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan penggunaan dua jenis jarum suntikan yang berbeza adalah mengikut keperluan ketika prosedur suntikan termasuk proses vaksinasi.

KKM juga memaklumkan jarum yang lebih besar berwarna biru tersebut digunakan untuk menyedut cecair dari botol bagi memastikan pengambilan cecair lancar.

“Bagi jarum bersaiz lebih kecil (merah atau jingga) adalah untuk inokulasi bagi mengurangkan rasa sakit dan lebam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, KKM turut menekankan bahawa jarum yang berbeza diperlukan bagi mencegah pencemaran silang antara pesakit.

“Yang penting, vaksin yang diambil dari botol dan diberikan kepada pesakit tidak berubah,” tambahnya.

Semalam, kecoh di media sosial warga net membahaskan perkara tersebut sewaktu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima suntikan vaksin COVID-19.

Antara kenyataan yang dikeluarkan adalah beliau tidak disuntik vaksin sebaliknya cecair lain kerana terdapat pertukaran jarum yang berbeza daripada biru ke jingga semasa proses suntikan berlaku.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading