LELAKI MURTADKAN WANITA ISLAM DICARI POLIS

JOHOR BAHRU: Polis Johor giat menjejaki individu yang tular di media sosial berkenaan isu memurtadkan seorang wanita Islam, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, polis telah ke rumah keluarga suspek namun dia dilaporkan tidak lagi tinggal di sana.

“Kita membuat pemeriksaan dan kita sudah mengambil kenyataan ahli keluarga suspek, bagaimanapun individu tersebut dipercayai sudah lama tidak berada di rumah,” katanya.

Kes berkenaan sedang disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di bawah peruntukan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1941, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 serta Seksyen 298 dan 505(c) Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ayob Khan turut memberi amaran keras kepada orang awam supaya tidak menimbulkan ketegangan antara kaum.

Menurutnya, mana-mana individu yang dilihat mencetuskan kontroversi juga akan dikenakan tindakan undang-undang yang berkaitan.

Sebelum ini, tular sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki yang mendakwa telah berjaya memurtadkan isterinya.

Dalam video yang sama, lelaki tersebut memberitahu beberapa negara yang mudah untuk memurtadkan wanita yang beragama Islam.—AlHijrah Online

Leave a Reply