DR ZULKIFLI TERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 ESOK

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan menerima suntikan vaksin COVID-19 esok, selepas solat Jumaat, di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya Presint 11.

Menerusi video yang dimuat naik di Twitter, beliau turut menyeru kepada rakyat Malaysia untuk mendaftar bagi menerima suntikan vaksin melalui aplikasi MySejahtera.

“Moga Allah selamatkan kita (rakyat Malaysia) daripada wabak COVID-19 serta negara-negara lain.

“Pengambilan vaksin adalah perkara yang amat baik berdasarkan kepada rekod dan catatan daripada WHO juga perakuan oleh badan-badan kesihatan dunia serta negara,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerima suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Fasa pertama program tersebut mengutamakan kelompok petugas barisan hadapan sebelum disusuli dengan golongan berisiko tinggi diikuti dengan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas pada fasa berikutnya.—AlHijrah Online

Leave a Reply