Tag Archives: WHO

TRUMP BERI TEMPOH TAMBAH BAIK ATAU SEKAT DANA WHO

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengugut untuk membekukan secara kekal dana yang diberikan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Presiden AS itu berkata badan itu diberi tempoh 30 hari untuk menunjukkan penambahbaikan dalam usaha menangani Covid-19. “Jika WHO gagal menunjukkan penambahbaikan dalam tempoh 30 hari, saya akan membekukan secara tetap dana yang disumbangkan Amerika Syarikat kepada WHO dan Washington

Read more

COVID-19: 8K MAUT, HAMPIR 200K DIJANGKITI SELURUH DUNIA – WHO

Kuala Lumpur: Statistik terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini menunjukkan hampir 8,000 maut dan 200,000 dijangkiti wabak COVID-19 di seluruh dunia. “Kematian di Itali lebih 2,500 dengan kadar kematian 7.9 peratus mengatasi China empat peratus,” demikian menurut Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Twitter @KKMPutrajaya sebentar tadi. Dua kematian direkodkan di Malaysia akibat wabak COVID-19 dengan kadar kematian 0.3 peratus. Sehingga

Read more

WHO KERJASAMA PLATFORM MEDIA SOSIAL TANGANI BERITA PALSU

ANKARA: Kerajaan-kerajaan di seluruh dunia perlu memperkasakan langkah pencegahan mengenai penularan, diagnosis dan rawatan koronavirus, kata jurucakap kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Fadela Chaib. Chaib berkata walaupun sistem kecemasan digerakkan, kapasiti diagnosis dan rawatan perlu diperkasakan, selain kelengkapan hospital perlu dalam keadaan siap siaga untuk menyelamatkan nyawa. Beliau juga menasihatkan semua pihak mengikuti langkah penjagaan diri dan mengikut arahan pihak

Read more

WHO GESA BENUA AFRIKA SEDIA BERDEPAN PENULARAN WABAK COVID-19

KIGALI: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa berkata negara di benua Afrika perlu meningkatkan tahap persediaan dan langkah pencegahan untuk menghalang penularan wabak COVID-19, apabila kes kedua jangkitan disahkan berlaku di benua itu, lapor agensi berita Anadolu. Kementerian Kesihatan Algeria mengesahkan kes COVID-19 pertama, selepas seorang lelaki warga Itali yang tiba di negara itu pada 17 Feb positif dijangkiti virus berkenaan. Algeria

Read more

WAKIL WHO PUJI TINDAKAN MALAYSIA TANGANI KORONAVIRUS

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memuji tindakan pihak berkuasa Malaysia dalam mengurus dan membendung penularan jangkitan novel Koronavirus 2019 (2019-nCoV). Wakil WHO ke Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura Dr Lo Ying-Ru berkata kerajaan negara ini cemerlang dalam melakukan siasatan kesnya selain telus berkongsi perkembangan terkini bukan hanya kepada WHO tetapi juga kepada orang ramai. “Kami (WHO dan orang ramai) boleh

Read more

NOVEL KORONAVIRUS BUKAN PANDEMIK, PENTING TANGANI MAKLUMAT SALAH, KATA WHO

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa mengatakan novel koronavirus belum menjadi pandemik,  justeru memerangi penularan “khabar angin atau maklumat palsu” kini menjadi sangat penting, lapor agensi berita Xinhua. Pengarah Persediaan Bahaya Penyakit Berjangkit Global WHO Dr Sylvie Briand pada satu taklimat di Geneva berkata WHO percaya wabak itu bukan pandemik, tetapi ia adalah wabak yang memberikan kesan pelbagai.  Kenyataan itu berdasarkan 78

Read more

KORONAVIRUS: WHO ISYTIHAR DARURAT KESIHATAN AWAM

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan darurat kesihatan awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019 novel koronavirus (2019-nCoV). Pengisytiharan itu dibuat dalam sidang media mengenai Mesyuarat Jawatankuasa Kecemasan yang berlangsung di Geneva, hari ini. Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata perkara yang amat membimbangkan adalah potensi virus itu merebak ke negara yang mempunyai sistem kesihatan yang lemah

Read more

WHO AKUI SILAP NILAI KORONAVIRUS

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengakui kesilapannya dalam kenyataan berhubung laporan mengenai penilaian tentang risiko koronavirus yang sedang melanda China dan beberapa negara lain di seluruh dunia. Menurut laporan NDTV, agensi itu dalam satu laporan diterbitkan Ahad lalu memaklumkan risiko jangkitan di China, peringkat serantau dan global adalah tinggi. Sehubungan itu, WHO mengakui terdapat kesilapan apabila meletakkan risiko global pada

Read more

WHO BIMBANG SITUASI DI IDLIB, 130,000 WARGA SYRIA LARI KE SEMPADAN TURKI

GENEVA: Hampir 130,000 orang awam hilang tempat tinggal di barat laut Idlib, Syria, demikian menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Agensi berita Anadolu yang memetik kenyataan badan dunia itu berkata, 12 juta orang memerlukan bantuan perubatan di Syria ketika pesawat rejim Bashar al-Assad dan Rusia terus membedil penempatan penduduk. Setakat ini, 14 dispensari dan dua hospital ditutup dengan 42 fasiliti perubatan

Read more

HANYA SEBAHAGIAN KEMUDAHAN KESIHATAN YAMAN BOLEH DIGUNA: WHO

GENEVA : Hanya kira-kira 50 peratus kemudahan kesihatan di Yaman yang masih boleh digunakan, beroperasi dengan kekurangan ubat-ubatan, peralatan dan petugas, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat. Jurucakap WHO Christian Lindmeier berkata setelah lima tahun konflik berlalu, Yaman masih bergelut dengan krisis kesihatan, termasuk akses dan kemudahan kesihatan yang terhad di samping kekurangan petugas untuk memerangi wabak penyakit, lapor agensi

Read more