KEPUNGAN ISRAEL DI UTARA GAZA ANCAM NYAWA 75,000 RAKYAT PALESTIN – WHO
Kepungan lebih 80 hari oleh Israel di utara Gaza membahayakan nyawa 75,000 rakyat Palestin yang masih berada di kawasan itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan pada Sabtu.
ISTANBUL: Kepungan lebih 80 hari oleh Israel di utara Gaza membahayakan nyawa 75,000 rakyat Palestin yang masih berada di kawasan itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Kenyataan badan PBB itu dikeluarkan susulan serangan Israel ke atas Hospital Kamal Adwan yang mengakibatkan kemusnahan hospital terakhir di utara Gaza, lapor Agensi Anadolu.
Hampir 50 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel pada Khamis yang menyasarkan sebuah bangunan bersebelahan Hospital Kamal Adwan, termasuk tiga petugas perubatan dan pekerja hospital.
“WHO amat terkejut dengan serangan ke atas Hospital Kamal Adwan semalam, yang menyebabkan fasiliti kesihatan utama terakhir di utara Gaza tidak lagi berfungsi,” menurut kenyataan itu.
“Laporan awal menunjukkan beberapa bahagian hospital terbakar dan mengalami kerosakan teruk akibat serangan termasuk makmal, unit pembedahan, jabatan kejuruteraan dan penyelenggaraan, bilik operasi, serta stor perubatan.
“Pada awal hari kejadian, 12 pesakit dan seorang kakitangan kesihatan wanita dilaporkan terpaksa dipindahkan ke Hospital Indonesia yang musnah dan tidak berfungsi, di mana rawatan tidak dapat diberikan.
“Sebahagian besar kakitangan, pesakit stabil, dan pengiring dipindahkan ke lokasi berdekatan,” menurut kenyataan itu.
Laporan juga menyebut ada individu yang dipaksa menanggalkan pakaian dan berjalan menuju ke selatan Gaza.
Sepanjang dua bulan lalu, kawasan sekitar hospital kekal “tidak menentu” dengan serangan hampir setiap hari terhadap hospital dan petugas kesihatan, menurut WHO.
“Misi kecemasan WHO ke Hospital Indonesia sedang dirancang esok bagi memindahkan pesakit dengan selamat ke selatan Gaza untuk rawatan lanjut,” menurut kenyataan itu.
Sejak awal Oktober 2024, WHO mengesahkan sekurang-kurangnya 50 serangan terhadap kemudahan kesihatan, sama ada di dalam atau berhampiran hospital.
WHO turut menyeru usaha segera bagi memastikan hospital di utara Gaza dapat kembali berfungsi.
Serangan Israel telah meragut hampir 45,500 nyawa di Gaza sejak 7 Okt 2023, menyebabkan sebahagian besar kawasan itu musnah.
Bulan lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel juga sedang menghadapi kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas tindakannya di wilayah itu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.