Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HUJAN LEBAT BERTERUSAN DIRAMAL LANDA TERENGGANU, KELANTAN, PAHANG SEHINGGA ESOK

DALAM NEGARA

HUJAN LEBAT BERTERUSAN DIRAMAL LANDA TERENGGANU, KELANTAN, PAHANG SEHINGGA ESOK

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 12.30 tengah hari ini memaklumkan keadaan cuaca sama juga diramal berlaku di Kuantan, Pahang serta Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan. 

KUALA LUMPUR: Hujan lebat berterusan dijangka melanda seluruh Terengganu sehingga esok mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 12.30 tengah hari ini memaklumkan keadaan cuaca sama juga diramal berlaku di Kuantan, Pahang serta Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan. 

Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Gua Musang sehingga esok.

Jerantut, Maran, Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing di Johor juga diramal mengalami keadaan cuaca sama.

Amaran sama juga dikeluarkan bagi Sabah melibatkan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Sandakan) dan Kudat. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading