Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BANJIR DIRAMAL LANDA KELANTAN, PAHANG BERMULA HARI INI – JPS

DALAM NEGARA

BANJIR DIRAMAL LANDA KELANTAN, PAHANG BERMULA HARI INI – JPS

Menerusi ramalan awal banjir yang dikeluarkan pada 2 petang ini, JPS memaklumkan 10 daripada 11 jajahan di Kelantan dijangka terlibat iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

Gambar ARKIB

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di Kelantan dan Pahang selama dua hari bermula hari ini susulan amaran hujan berterusan. 

Menerusi ramalan awal banjir yang dikeluarkan pada 2 petang ini, JPS memaklumkan 10 daripada 11 jajahan di Kelantan dijangka terlibat iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

Sementara itu, banjir yang diramal melanda Pahang pula melibatkan lima daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Jerantut dan Maran. 

“JPS akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di lembangan sungai itu. 

“Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari tarikh yang dijangkakan. Semua agensi pengurusan bencana serta penduduk, terutamanya di kawasan yang dijangka banjir diminta peka dengan arahan pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu. 

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan amaran semasa melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my dan laman Facebook PublicinfoBanjir. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading