Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MASALAH TEKNIKAL MUNGKIN PUNCA NAHAS PESAWAT DI MUAN

DUNIA

MASALAH TEKNIKAL MUNGKIN PUNCA NAHAS PESAWAT DI MUAN

Pihak berkuasa lapangan terbang memaklumkan, pesawat itu cuba melakukan pendaratan cemas kerana masalah pada gear pendaratan selepas percubaan pertamanya gagal.  

Sumber Gambar: AFP

MUAN: Kerosakan pada fungsi gear pendaratan dipercayai menjadi punca pesawat Jeju Air terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan pada Ahad ketika cuba melakukan pendaratan cemas selepas percubaan pendaratan pertama gagal, lapor Agensi Berita Yonhap memetik kenyataan pihak berkuasa.  

Pesawat yang membawa 181 orang dari Bangkok, cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan pada 9.07 pagi sebelum ia tergelincir dari landasan dan melanggar pagar, mengakibatkan sekurang-kurangnya 62 maut dan mencederakan yang lain.

Pihak berkuasa lapangan terbang memaklumkan bahawa pesawat itu cuba melakukan pendaratan cemas kerana masalah pada gear pendaratan selepas percubaan pertamanya gagal.

Namun, pesawat malang itu dilaporkan gagal mengurangkan kelajuannya sehingga di hujung landasan dan melanggar struktur di bahagian luar lapangan terbang, menurut pihak berkuasa.

Nahas itu menyebabkan kerosakan teruk pada pesawat, sehingga mencetuskan kebakaran.  

Saksi mendakwa terdapat tanda-tanda bahawa gear pendaratan pesawat seperti tayar tidak diaktifkan, yang mungkin mendorong percubaan pendaratan cemas, dengan perlanggaran burung dipercayai menjadi punca kerosakan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading