Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEMUDAHAN PERUBATAN UTAMA TERAKHIR DI UTARA GAZA DITUTUP SUSULAN SERANGAN ISRAEL – WHO

DUNIA

KEMUDAHAN PERUBATAN UTAMA TERAKHIR DI UTARA GAZA DITUTUP SUSULAN SERANGAN ISRAEL – WHO

Kemudahan perubatan utama terakhir di utara Semenanjung Gaza, Hospital Kamal Adwan, telah menghentikan operasinya selepas serangan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) merosakkan jabatan-jabatan penting, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

MOSCOW: Kemudahan perubatan utama terakhir di utara Semenanjung Gaza, Hospital Kamal Adwan, telah menghentikan operasinya selepas serangan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) merosakkan jabatan-jabatan penting, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Serangan pagi ini (27 Dis) ke atas Hospital Kamal Adwan telah menyebabkan kemudahan kesihatan utama terakhir di Utara #Gaza tidak lagi dapat berfungsi. Laporan awal menunjukkan beberapa jabatan penting terbakar dan rosak teruk akibat serangan itu,” kata WHO dalam kenyataan di X.

Sekurang-kurangnya 60 petugas kesihatan dan 25 pesakit dalam keadaan kritikal, termasuk mereka yang memerlukan ventilator, masih berada di hospital berkenaan. Pesakit dalam tahap kecederaan sederhana hingga teruk pula terpaksa dipindahkan ke Hospital Indonesia yang telah musnah dan tidak lagi berfungsi, menurut kenyataan itu.

“WHO amat bimbang tentang keselamatan mereka,” tambah kenyataan itu.

Pada Khamis lepas, kira-kira 50 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan berhampiran Hospital Kamal Adwan di utara Semenanjung Gaza, kata Pengarah Hospital Hussam Abu Safia. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading