Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WHO PERBAHARUI GESAAN UNTUK LINDUNGI HOSPITAL GAZA

DUNIA

WHO PERBAHARUI GESAAN UNTUK LINDUNGI HOSPITAL GAZA

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Ghebreyesus pada Rabu, memperbaharui gesaan agar memberikan perlindungan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza.

Gambar fail (AFP)

RAMALLAH: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Ghebreyesus pada Rabu, memperbaharui gesaan agar memberikan perlindungan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza.

Tedros menyifatkan kemusnahan yang menimpa hospital-hospital di Gaza sebagai menyayat hati, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Beliau berkata dalam hantaran di platform X, yang sebelum ini Twitter, bahawa “kami bersama-sama rakan kongsi sedang menjalankan penilaian ke atas situasi di Hospital Al-Shifa dan Hospital Indonesia di utara Gaza,” sambil menekankan proses pengeluaran mayat dari Hospital Al-Shifa sedang berjalan.

Tedros menegaskan bahawa pekerja kesihatan telah membersihkan jabatan kecemasan Hospital Al-Shifa dan mengeluarkan katil yang terbakar dan keselamatan bangunan yang tinggal memerlukan penilaian kejuruteraan yang komprehensif, sambil menyatakan bahawa Hospital Indonesia kosong dan kerja-kerja pembinaan semula diteruskan dalam usaha untuk memulihkannya.

Beliau menggesa bagi gencatan senjata segera, dengan mengatakan ubat utama yang diperlukan oleh penduduk di Gaza adalah keamanan.

Menurut Kementerian Kesihatan, 12 hospital di Semenanjung Gaza beroperasi sebahagian iaitu enam di bahagian utara dan enam lagi di selatan.

Pencerobohan Israel ke atas Gaza telah mengakibatkan 33,843 kematian dan 76,575 kecederaan sejak Oktober 2023. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading