Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SURAH AL-SAJDAH DIPILIH UNTUK PROGRAM MALAYSIA #QURANHOUR

DALAM NEGARA

SURAH AL-SAJDAH DIPILIH UNTUK PROGRAM MALAYSIA #QURANHOUR

KUALA LUMPUR: Surah Al-Sajdah dipilih pada program Malaysia #QuranHour yang diadakan bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan 2022.

Seramai 500 orang peserta menyertai Malaysia #QuranHour yang diadakan di Masjid Al-Sultan Abdullah dekat Masjid Tanah hari ini. – Bernama

KUALA LUMPUR: Surah Al-Sajdah dipilih pada program Malaysia #QuranHour yang diadakan bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan 2022.

Program yang dijalankan serentak di seluruh negara hari ini menyaksikan sebanyak 1,894 lokasi didaftarkan untuk penganjuran program, selain satu lokasi di luar negara iaitu Brunei.

Di Putrajaya,  kira-kira 3,000 jemaah hadir bagi mengimarahkan program Malaysia #QuranHour di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin selepas dua tahun program itu dijalankan secara sederhana disebabkan penularan wabak COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Marhaini Yusoff berkata program bertemakan ‘Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ berjaya menarik peserta dari seluruh negara untuk bersama-sama menghayati surah Al-Sajdah sebagai satu solusi untuk mengatasi kesombongan dalam diri insan.

Program yang bermula pada 12 tengah hari itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Al-Baqarah ayat 1 hingga 5, diikuti Surah Al-Sajdah dengan bimbingan Qari Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan, Amirahman Abas, Abdul Khair Jalil, Ahmad Tirmizi Ali dan Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.

Program itu turut melibatkan sesi tadabbur oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF Fazrul Ismail,  Pegawai Khas Ketua Pengarah JAKIM Mohamad Zarifi Mohamad Daud serta pensyarah di Jabatan Usuluddin, Universiti Sultan Azlan Shah Dr Syafiq Sahimi. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading