Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

OCTAFX TERSENARAI DALAM AMARAN PENGGUNA KEWANGAN BNM

DALAM NEGARA

OCTAFX TERSENARAI DALAM AMARAN PENGGUNA KEWANGAN BNM

Syarikat OctaFX telah tersenarai dalam Amaran Pengguna Kewangan (FCA) yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM).

KUALA LUMPUR: Syarikat OctaFX telah tersenarai dalam Amaran Pengguna Kewangan (FCA) yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM).

BNM menerusi hantaran di Facebook memaklumkan pihaknya telah mengemas kini Halaman Amaran Pengguna.

Menurut BNM, FCA merupakan panduan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai berkenaan entiti atau skim yang telah disalah anggap atau kelihatan sebagai entiti atau skim berlesen atau dikawal selia oleh BNM.

“Senarai ini dikemas kini berdasarkan maklumat yang diterima oleh BNM daripada orang ramai dan selepas menjalankan penilaian yang sewajarnya ke atas entiti dan skim yang dilaporkan.

“Pengguna boleh merujuk FCA sebagai salah satu cara untuk menyemak sama ada sesebuah entiti atau skim itu telah dikenal pasti tidak mendapat kebenaran daripada BNM untuk menawarkan produk atau perkhidmatan kewangan yang dikawal selia oleh BNM,” kata BNM dalam laman sesawangnya.

BNM menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati dan melakukan tindakan sewajarnya sebelum membuat pelaburan dengan mana-mana entiti atau skim kewangan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading