Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BEKAS IMAM MASJIDIL HARAM DIPENJARA 10 TAHUN

DUNIA

BEKAS IMAM MASJIDIL HARAM DIPENJARA 10 TAHUN

RIYADH: Mahkamah Arab Saudi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas bekas Imam Masjidil Haram, Sheikh Saleh Mohammed al Talib.

Hukuman ke atas Sheikh Saleh dikekalkan selepas Mahkamah Rayuan Jenayah Khas di Riyadh membatalkan pembebasan beliau sebelum ini, kata Democracy for The Arab World Now (Dawn).

Sheikh Saleh ditahan pada 2018 selepas beliau menyampaikan khutbah mengkritik pihak berkuasa hiburan di Arab Saudi.

Beliau mengecam penganjuran konsert dan acara keramaian yang menyimpang daripada ajaran agama dan budaya Arab Saudi.

Dawn mendedahkan Sheikh Saleh ditahan tanpa sebarang alasan selepas menyampaikan khutbah tersebut, empat tahun lalu. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading