TABUNG HAJI SOKONG TINDAKAN TEGAS ARAB SAUDI KAWAL KEMASUKAN JEMAAH TANPA VISA SAH
Tabung Haji (TH) menyambut baik langkah proaktif kerajaan Arab Saudi yang melaksanakan peraturan dan kawalan ketat sempena musim haji 1445H/2025M, termasuk larangan keras terhadap individu yang cuba menunaikan ibadah haji tanpa visa haji yang sah.
MAKKAH: Tabung Haji (TH) menyambut baik langkah proaktif kerajaan Arab Saudi yang melaksanakan peraturan dan kawalan ketat sempena musim haji 1445H/2025M, termasuk larangan keras terhadap individu yang cuba menunaikan ibadah haji tanpa visa haji yang sah.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun berkata ketetapan itu amat penting bagi memastikan kelancaran keseluruhan operasi haji serta menjamin keselamatan jemaah dari seluruh dunia.
“Fatwa Majlis Ulama Tertinggi Arab Saudi turut menetapkan bahawa hanya individu yang memiliki permit haji yang sah dibenarkan menunaikan ibadah haji, menjadikan pemilikan permit tersebut sebagai satu kewajipan bagi semua jemaah.
“Individu yang cuba menunaikan haji tanpa visa sah boleh dikenakan penalti sehingga SR20,000 (RM22,923), manakala ejen yang terbabit membawa jemaah tanpa kebenaran berdepan denda lebih tinggi iaitu sehingga SR100,000 (RM114,615),” katanya pada sidang media mingguan di Ibu Pejabat TH di sini, hari ini.
Mohd Hisham berkata pelaksanaan kawalan ketat di semua lokasi pemeriksaan keselamatan menuju ke Masjidil Haram turut menunjukkan kesungguhan kerajaan Arab Saudi untuk tidak berkompromi terhadap sebarang pelanggaran peraturan.
Beliau turut memaklumkan bahawa mana-mana kenderaan yang digunakan untuk membawa jemaah tanpa permit sah ke Makkah atau Madinah juga akan dikenakan tindakan sewajarnya, termasuk denda yang setimpal.
Sehubungan itu, TH menasihatkan rakyat Malaysia agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran daripada individu, ejen atau organisasi yang menjanjikan peluang menunaikan haji menggunakan visa selain visa haji yang sah.
“Ini termasuk iklan atau jemputan yang disebarkan melalui media sosial, panggilan telefon dan platform lain yang menjanjikan akses mudah ke Tanah Suci tanpa mematuhi peraturan visa yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi,” katanya.
Mohd Hisham berkata pelaksanaan peraturan ketat itu terbukti berkesan apabila pergerakan keluar masuk jemaah di kawasan Masjidil Haram kini lebih tersusun dan tidak sesak seperti musim-musim haji terdahulu.
“Langkah ini memberi ruang kepada jemaah dari seluruh dunia untuk menunaikan ibadah dalam suasana yang lebih tenang dan teratur tanpa sebarang gangguan. Malah, jemaah Malaysia rata-rata menyambut baik serta memuji pelaksanaan peraturan ini kerana ia banyak membantu kelancaran ibadah mereka,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked