BAKAL JEMAAH HAJI DIINGAT HADIR IKUT MASA, RUJUK SURAT PENERBANGAN – TH
Semua bakal jemaah haji Malaysia diingatkan supaya merujuk dengan teliti jadual penerbangan masing-masing dan hadir ke stesen berlepas tepat pada waktu bagi memastikan kelancaran urusan keberangkatan ke Tanah Suci.
SEPANG: Semua bakal jemaah haji Malaysia diingatkan supaya merujuk dengan teliti jadual penerbangan masing-masing dan hadir ke stesen berlepas tepat pada waktu bagi memastikan kelancaran urusan keberangkatan ke Tanah Suci.
Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air Tabung Haji (TH) Mohamed Ameen Abdul Wahab berkata pematuhan terhadap tarikh, masa dan lokasi melapor diri seperti yang tertera dalam surat jadual penerbangan amat penting bagi memastikan operasi berjalan dengan lancar serta mengelakkan sebarang kesulitan.
“Amat penting sekali untuk merujuk surat jadual penerbangan. Di situ telah ditetapkan tarikhnya, tempat melapor diri dan juga waktu. Saya minta semua bakal-bakal haji rujuk surat itu betul-betul dan datanglah tepat pada waktunya ataupun awal sedikit, insha-Allah, untuk memudahkan,” katanya ketika ditemui di Stesen Berlepas TH di Hotel Movenpick, di sini hari ini.
Beliau turut menyeru para jemaah agar menjaga kesihatan sebelum dan semasa menunaikan ibadah haji, memandangkan ibadah itu menuntut kekuatan fizikal yang tinggi.
“Haji ini banyak melibatkan fizikal, maka kesihatan kita kena mantap… bawa bekalan ubat, jangan terlupa supaya bila pergi ke sana (Tanah Suci) tu kita sihat dan dapat mengerjakan ibadat dengan baik,” katanya.
Mohamed Ameen memberi jaminan bahawa petugas TH akan berada di setiap peringkat perjalanan bagi memastikan kebajikan jemaah terpelihara.
“Jangan risau, petugas-petugas kami ada di sana untuk menjaga tuan-puan. Di sini kami menjaga tuan sehingga kapal terbang berlepas, bila sampai di sana, buka sahaja pintu, ada rakan-rakan kami di sana untuk menjaga,” katanya.
Mengulas mengenai operasi haji negara setakat ini, beliau berkata sebanyak 40 kumpulan penerbangan (KT) melibatkan 12,030 jemaah daripada jumlah keseluruhan 31,600 jemaah Malaysia telah selamat tiba di Madinah.
“Berbaki 19,570 bakal-bakal haji yang akan diterbangkan dan kami di sini menunggu kedatangan mereka di Hotel Movenpick dan juga di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur),” katanya.
Bagi musim haji tahun ini, TH menggunakan sebanyak lapan stesen berlepas negeri bagi memudahkan urusan melapor diri jemaah haji Malaysia. Stesen-stesen tersebut terletak di Sepang (Selangor), Alor Setar (Kedah), Kota Bharu (Kelantan), Kuala Terengganu (Terengganu), Bayan Lepas (Pulau Pinang), Senai (Johor), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).
Kesemua jemaah akan dikumpulkan di Pagar C17, Balai Pelepasan KLIA sebelum menaiki penerbangan ke Tanah Suci, sama ada ke Madinah atau Makkah.
Bagi mempermudah urusan ketibaan jemaah di Arab Saudi, kerajaan turut melaksanakan inisiatif ‘Makkah Route’, iaitu satu laluan khas imigresen yang membolehkan proses visa, kastam dan imigresen diselesaikan lebih awal di KLIA.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests