11,396 JEMAAH HAJI MALAYSIA SELAMAT TIBA DI TANAH SUCI SETAKAT INI
Seramai 11,396 jemaah haji Malaysia telah selamat tiba di Tanah Suci setakat ini, menerusi 39 penerbangan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
MAKKAH: Seramai 11,396 jemaah haji Malaysia telah selamat tiba di Tanah Suci setakat ini, menerusi 39 penerbangan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun berkata daripada jumlah itu, 5,253 jemaah kini berada di Madinah, manakala 6,143 jemaah lagi di Makkah.
“Setakat ini, sebanyak 39 penerbangan jemaah haji telah selamat berlepas dari Malaysia dan semuanya telah mendarat di Lapangan Terbang Madinah. Ini merupakan sebahagian daripada keseluruhan 47 penerbangan yang dijadualkan tiba di Madinah.
“Insya-Allah, mulai 14 Mei ini, penerbangan ke Jeddah pula akan bermula dan jemaah akan terus bergerak ke Makkah bagi menunaikan umrah sebelum mengerjakan ibadah haji,” katanya dalam sidang media mingguan, di sini, hari ini.
Bagi musim haji kali ini, kerajaan Arab Saudi meluluskan sebanyak 31,600 kuota haji untuk jemaah Malaysia dan mereka dijangka tiba di Madinah dan Makkah secara berperingkat.
Kumpulan pertama (KT1) terdiri daripada 112 jemaah lelaki dan 141 jemaah wanita selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah, pada 29 April, manakala penerbangan terakhir dijadual pada 1 Jun.
Mohd Hisham berkata jemaah haji Malaysia yang telah berada di Makkah, setakat ini telah menyempurnakan ibadah umrah masing-masing dengan lancar.
“Sepanjang tempoh menanti hari wukuf di Arafah, Lembaga Tabung Haji (TH) telah merangka pelbagai program pengisian, termasuk sesi bimbingan ibadah secara berterusan bagi memastikan jemaah sentiasa bersedia secara fizikal dan rohani untuk menghadapi kemuncak ibadah haji,” katanya.
Mohd Hisham berkata sehingga kini, seramai 2,059 jemaah telah mendapatkan rawatan kesihatan di pusat kesihatan TH, dengan isu kesihatan paling kerap dilaporkan termasuk penyakit berkait saluran pernafasan seperti batuk dan selesema, diikuti masalah kulit kering akibat cuaca panas dan kering.
Beliau turut menasihatkan jemaah haji yang akan berlepas ke Tanah Suci untuk melakukan senaman ringan ketika dalam penerbangan kelak, bagi melancarkan peredaran darah dan mengurangkan risiko deep vein thrombosis (DVT), iaitu pembekuan darah yang boleh menjejaskan organ dalaman.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests