MRSM KEPALA BATAS KINI DINAMAKAN MRSM TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI
Tun Abdullah merupakan tokoh kepimpinan negara yang unggul dan banyak menyokong usaha MARA untuk memperluaskan peranan institusinya seperti Kolej Profesional MARA, GIATMARA dan MRSM.
KEPALA BATAS: Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kepala Batas dinamakan semula sebagai MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam Majlis Pemasyhuran yang diadakan di maktab berkenaan hari ini, sebagai penghargaan besar kepada Perdana Menteri Malaysia ke-5 itu.
Majlis Pemasyhuran MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Tun Abdullah merupakan tokoh kepimpinan negara yang unggul dan banyak menyokong usaha MARA untuk memperluaskan peranan institusinya seperti Kolej Profesional MARA, GIATMARA dan MRSM.
Beliau berkata walaupun dengan menamakan MRSM Kepala Batas kepada MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi ia masih tidak dapat membalas jasa serta budi Perdana Menteri ke-5 itu dan Allahyarham perlu terus dikenang serta dihargai, terutamanya di Kepala Batas yang merupakan bekas kawasan Parlimen beliau.
“Selepas kematian Tun Abdullah, saya menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mencadangkan agar MRSM Kepala Batas ditukarkan kepada nama Allahyarham bagi mengenang jasa serta memberi penghormatan kepada beliau terutama kepada penduduk di Kepala Batas.
“Terus Perdana Menteri bersetuju dan beritahu yang beliau mendapat cadangan yang sama daripada Datuk Seri Ahmad Zahid dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam).
“Datuk Seri Anwar arahkan saya percepatkan pertukaran nama kepada MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi dan hari ini kita realisasikan,” katanya semasa berucap pada Majlis Pemasyhuran MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Turut hadir anak Tun Abdullah, Tan Sri Kamaludin dan keluarga Allahyarham, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Khair Razman Mohamed Annuar, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan Reezal Merican yang pernah berkhidmat sebagai pegawai Tun Abdullah.
Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah MRSM yang melaksanakan Ulul Albab dan ia dicadangkan sendiri oleh Perdana Menteri ke-5 itu supaya MRSM tersebut dijadikan antara perintis Program Ulul Albab bagi melahirkan pelajar huffaz yang cemerlang dalam bidang akademik.
Beliau berkata antara legasi terbesar Allahyarham dalam pendidikan MARA adalah pengukuhan sistem pendidikan dualistik dengan menggabungkan ilmu duniawi dan ukhrawi yang menjadi asas kepada program Ulul Albab MRSM.
“Sehingga hari ini, MARA memiliki lapan MRSM Ulul Albab di seluruh negara dengan cetusan idea yang dibawakan oleh Tun Abdullah. Selain melahirkan pelajar huffaz yang cemerlang dalam bidang akademik, program Ulul Albab juga membentuk individu berintegriti tinggi yang bersedia memimpin masyarakat pada masa hadapan dengan berteraskan nilai Islam yang syumul,” katanya.
Sementara itu, MARA dalam kenyataan memaklumkan MRSM yang terletak di Kepala Batas itu mula beroperasi pada 1 Mac 2007 dengan pengambilan pertama sebanyak 359 pelajar pada 16 April tahun sama.
Kenyataan itu memaklumkan kewujudan MRSM tersebut menjadi titik tolak baru untuk meluaskan akses pendidikan bumiputera di utara semenanjung Malaysia.
Menurut kenyataan itu pemasyhuran MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah pengiktirafan dan penghormatan khas kepada seorang tokoh yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
Allahyarham Tun Abdullah pernah menjadi Ahli Parlimen Kepala Batas dari 1978 hingga 2008.
Tun Abdullah, yang mesra dikenali sebagai Pak Lah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada 14 April dan dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur pada keesokannya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.