BADAN PENERBANGAN PBB PUTUSKAN RUSIA BERTANGGUNGJAWAB INSIDEN MH17 DITEMBAK JATUH – LAPORAN
Menurut laporan itu, kedua-dua kerajaan memaklumkan bahawa Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) akan mempertimbangkan bentuk pampasan yang sesuai dalam beberapa minggu akan datang.
KUALA LUMPUR: Majlis penerbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin (12 Mei) memutuskan bahawa Rusia bertanggungjawab atas insiden pesawat Malaysia ditembak jatuh di ruang udara Ukraine yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 196 warga Belanda dan 38 warga atau penduduk Australia, menurut kenyataan berasingan kerajaan Belanda dan Australia, lapor Reuters.
Menurut laporan itu, kedua-dua kerajaan memaklumkan bahawa Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) akan mempertimbangkan bentuk pampasan yang sesuai dalam beberapa minggu akan datang.
Penerbangan Malaysia Airlines MH17, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014, ditembak jatuh di timur Ukraine ketika pertempuran hebat antara pemisah pro-Rusia dan tentera Ukraine.
Pada November 2022, laporan itu menyebut bahawa mahkamah Belanda mensabitkan dua lelaki warga Rusia dan seorang lelaki warga Ukraine atas kesalahan membunuh secara “in absentia” kerana peranan mereka dalam serangan tersebut.
Moscow menyifatkan keputusan itu sebagai “skandal” dan menyatakan tidak akan mengekstradisi warganya, menurut laporan tersebut.
Reuters melaporkan bahawa kes itu difailkan pada 2022 oleh Australia dan Belanda.
“Keputusan ini merupakan langkah penting ke arah mencari kebenaran serta mencapai keadilan dan akauntabiliti bagi semua mangsa MH17 serta keluarga dan orang tersayang mereka,” kata Menteri Luar Belanda Caspar Veldkamp seperti dipetik.
“Keputusan ini juga menghantar mesej jelas kepada masyarakat antarabangsa: sesebuah negara tidak boleh melanggar undang-undang antarabangsa tanpa dikenakan tindakan.”
Belanda dan Australia mahu Majlis ICAO mengarahkan Rusia supaya memulakan rundingan mengenai pampasan, tambahnya.
Menteri Luar Australia Penny Wong pula dilaporkan berkata bahawa pihaknya mengalu-alukan keputusan itu dan menggesa ICAO bertindak segera dalam menentukan bentuk pampasan yang sesuai.
“Kami menggesa Rusia supaya akhirnya mengakui tanggungjawabnya terhadap tindakan keganasan yang dahsyat ini dan membayar pampasan atas salah laku berat yang dilakukan, seperti yang dituntut di bawah undang-undang antarabangsa,” Wong dipetik sebagai berkata.
ICAO tidak mempunyai kuasa perundangan tetapi mempunyai pengaruh moral dan menetapkan piawaian penerbangan global yang diguna pakai oleh sebahagian besar 193 negara anggotanya, menurut laporan tersebut.
Bernama sedang menghubungi Malaysia Airlines untuk mendapatkan maklum balas. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager