Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TAMBAHAN KUOTA CEPATKAN PELUANG BAKAL JEMAAH TUNAI HAJI

DALAM NEGARA

TAMBAHAN KUOTA CEPATKAN PELUANG BAKAL JEMAAH TUNAI HAJI

KUALA LUMPUR: Tempoh giliran menunggu jemaah Malaysia untuk menunaikan ibadah haji akan berkurang selepas Arab Saudi bersetuju memberikan tambahan 10,000 kuota haji semasa pertemuan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman Abdulaziz Al Saud.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, badan pengurusan haji terkemuka dunia itu menyambut baik usaha yang dilakukan perdana menteri.

“Penambahan kuota haji ini akan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menunaikan ibadat haji serta dapat mengurangkan masa menunggu untuk masa-masa hadapan,” jelas kenyataan TH hari ini.

Menurut TH lagi, saban tahun badan pengurusan haji itu akan membuat persediaan rapi merangkumi pelbagai aspek di tanah Air dan tanah suci bagi memastikan kelancaran umat Islam di Malaysia melaksanakan rukun Islam ke lima. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading