PEGANGAN AGAMA ‘VAKSIN’ KEPADA RASUAH – HUSSAMUDDIN

KUALA LUMPUR: ‘Vaksin’ bagi kegiatan rasuah adalah nilai agama yang kuat dalam diri setiap manusia.

Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, pegangan agama yang kuat akan menghindarkan individu melakukan perkara terlarang termasuk menerima dan memberi rasuah.

“Kalau nilai agama itu dimasukkan (dalam diri masing-masing), bukan sahaja bagi orang Islam tetapi agama lain juga seperti Kristian dengan nilai agama mereka dan Hindu juga ada sistem nilai dia, maknanya nilai itu sendiri akan menolak rasuah.

“Apabila nilai agama diterapkan ke dalam hati, dengan sendirinya akan menjadi vaksin yang membentuk antibodi yang melawan unsur rasuah tersebut,” ulasnya dalam program 60 Minit di TV Alhijrah, malam tadi.

Husammuddin yang juga Ketua Pasukan Rasuah Busters berkata, kempen ‘Mak Kata Jangan’ yang digerakkannya menghasilkan kesedaran semua individu untuk tidak menerima rasuah.

Beliau turut menekankan bahawa rantaian rasuah perlu diputuskan dalam setiap peringkat tidak kira dalam agama, politik, mahupun rakyat biasa.—AlHijrah Online

Leave a Reply