BOMBA SELAMATKAN WANITA CUBA BUNUH DIRI

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warganegara tempatan berusia 39 tahun diselamatkan anggota bomba ketika nekad membuat cubaan bunuh diri di jejantas Stesen Monorail, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur.

Menurut Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Wan Hamizan Kamaruddin, wanita tersebut cuba membunuh diri dengan berdiri di atas bumbung jejantas dianggarkan berketinggian 30 kaki.

“Wanita terbabit memegang sebilah pisau dan meletakkannya di bahagian leher bertujuan untuk menghalang pasukan penyelamat daripada menghampirinya.

“Hasil tindakan pantas anggota bomba berjaya menangkap mangsa pada jam 9.28 am dengan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa katanya dilapor tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. — AlHijrah Online

Leave a Reply